Wednesday, November 27, 2013

Tengku Abdullah 'Tutup Mulut' Mengenai Pelantikan Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memilih untuk 'menutup mulut' berhubung isu pelantikan Timbalan Presiden FAM yang kini dalam tempoh penggantungan Tan Sri Annuar Musa, dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak negara.

"Saya diam sahajalah (pelantikan Annuar). Itu hak Menteri (Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin)...dia pun tidak minta pandangan saya, jadi saya tak perlu komen," katanya.

Tengku Abdullah ditemui pemberita selepas majlis penajaan skuad hoki remaja kebangsaan oleh Felda di sini Selasa.

Khairy melantik Annuar dalam jawatankuasa itu menyebabkan FAM mempersoalkannya kerana Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu masih dalam tempoh penggantungan daripada aktiviti berkaitan bola sepak oleh badan induk itu.

Annuar digantung selama dua tahun setengah bermula April tahun lepas kerana melanggar Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila mengeluarkan kenyataan berunsur negatif terhadap skuad Harimau Malaya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment