Wednesday, November 13, 2013

Selesai kemelut!

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu terus berbalas kenyataan di media dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sebaliknya mahu pertemuan diadakan secepat mungkin bagi memastikan masalah berkaitan bola sepak negara dapat diselesaikan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, tiada konflik timbul antara badan induk bola sepak negara itu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana masing-masing senada dalam usaha memartabatkan bola sepak negara.
“FAM akan mencari tarikh yang sesuai dan diharap dalam perjumpaan itu nanti banyak masalah dapat diselesaikan.


Cara lapuk

“Kami sentiasa terbuka dengan sebarang pandangan dan apa yang diperkatakan Khairy adalah relevan dengan usaha dijalankan FAM,” kata Hamidin ketika ditemui, semalam.

“Perang” antara Khairy dan FAM bermula apabila menteri berkenaan membidas tahap keselamatan serta sistem penjualan tiket final Piala Malaysia yang dianggap lapuk dan tidak berkesan.

Difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan - Datuk Seri Afandi Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Datuk S Sivasundram juga bersedia bertemu Khairy dalam pertemuan itu nanti.

Hamidin kemudian memberi penjelasan dengan berkata FAM sedia mengkaji semula sistem berkenaan sambil menegaskan insiden penemuan pistol di dalam tandas Stadium Shah Alam ketika final 3 November lalu adalah kes terpencil.



Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

No comments:

Post a Comment