Kuala Lumpur: Selepas memutuskan tidak mengambil bahagian pada Siri Super Terbuka China minggu ini, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kini menimbang kemungkinan menarik diri daripada Terbuka Hong Kong pula.
Kecederaan berulang buku lali kanan sewaktu menjalani latihan, kecederaan sama dialaminya pada Piala Thomas tahun lalu mungkin memaksa Chong Wei berehat lebih lama daripada dijangkakan.
“Penyertaan Terbuka Hong Kong belum dapat dipastikan, doktor akan terus memantau tahap kecederaan ini.”

Chong Wei yang kelihatan lebih ceria berkata, penarikan dirinya dari Terbuka China memberi masa untuk meluangkan masa bersama anaknya, Kingston dan juga isteri, Datin Wong Mew Choo.
Pemain harapan negara itu juara Terbuka Hong Kong 2009 dan 2010 sebelum Lin Dan merampas kejuaraan pada 2011 dan Chen Long 2012.
Oleh Mohd Hilmie Hussin, Arena - Harian Metro
No comments:
Post a Comment