Monday, October 21, 2013

Terbuka Amerika: Najib Ucap Tahniah Kepada Nicol

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengucapkan tahniah kepada juara dunia tujuh kali dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David selepas beliau berjaya mengekalkan gelaran juara skuasy Terbuka Amerika bagi tahun kedua berturut-turut setelah mengalahkan pemain nombor dua dunia dari England Laura Massaro.

Perutusan tahniah itu dipetik daripada akaun Tweeter Najib pada 12.16 tengah hari ini selepas Nicol mengalahkan Laura 3-2 dalam acara final semalam.

"Tahniah Nicol David kerana menjadi juara Kejohanan Amerika. Syabas!," kata Najib dalam akaun Tweeter beliau.

Pemain nombor satu dunia itu memenangi kejuaraan sulung beliau dalam Terbuka Amerika tahun setelah menumpaskan pemain Mesir, Raneem El Weleily pada perlawanan final.

Pada acara final tahun ini, Nicol menewaskan Laura 13-11, 11-13, 7-11, 11-8, 11-5 dalam pertarungan sengit lima set yang berlarutan satu jam 24 minit di Drexel University, Philadelphia pada 7 petang Jumaat (7 pagi waktu Malaysia, Sabtu).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment