Friday, October 11, 2013

Sah beraksi!


Sepang: Ujian pertama sudah dilepasi Zulfahmi Khairuddin apabila doktor perubatan saingan Kejuaraan Motosikal Dunia mengesahkan dia boleh turun beraksi bermula pada sesi latihan bebas hari ini.

Selepas pelbagai persoalan timbul mengenai kemampuannya berikutan menjalani pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan kanannya minggu lalu, semalam Zulfahmi yang menghadiri sesi pemeriksaan kesihatan iaitu rutin normal sebelum dibenarkan berlumba, lega dengan perkembangan positif itu.

“Sudah pasti saya gembira kerana disahkan boleh berlumba. Cuma ada beberapa bahagian terutama di bahagian badan yang terasa sedikit sakit. Sebelum ini saya melalui saat yang sedikit sukar kerana perlu melakukan proses pemulihan dengan kadar segera.
“Apapun terima kasih kepada ISN (Institut Sukan Negara) yang begitu bersungguh-sungguh mahu memastikan saya pulih dengan segera,” katanya pada sidang media semalam yang turut dihadiri beberapa pelumba ternama termasuk Valentino Rossi, Jorge Lorenzo, Marc Marquez serta Dani Pedrosa.

Pelumba kelahiran Banting, Selangor itu terpaksa menjalani pembedahan di Sepanyol selepas mengalami kemalangan di GP Aragon.

Mengenai saingan minggu ini, Zulfahmi nyata cukup teruja kembali semula berlumba di depan penyokong sendiri meskipun pada masa sama mengaku terpaksa berperang dengan masa untuk pulih daripada kecederaan.
FotoZulfahmi Khairuddin (kanan sekali)
"Sepang sentiasa istimewa untuk saya. Di sinilah saya menaiki podium pertama seperti yang anda ketahui pada musim lalu.

"Setiap rakyat Malaysia kini begitu teruja untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP dan kali ini pastinya lebih menarik kerana selain saya, ada lagi lima pelumba tempatan yang akan beraksi dengan jaguh dunia lain,” katanya yang beraksi dalam kelas Moto3.



Oleh Saiful Affendy Sapran, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment