Wednesday, October 09, 2013

Razlan Akui Silap, Zulfahmi Perlu Berada Di Barcelona


Pelumba Wildcard Moto 2, Hafizh Syahrin Abdullah bersama (dari kiri) Pelumba Wildcard Moto 3, Husni Aizat Abd Malek, Pelumba Wildcard Moto 3, Amirul Hafiq Azmi, dan pelumba Moto 2, Azlan Shah tertarik melihat piala baharu yang dipamerkan pada Majlis Memperkenalkan Piala Baru Kejohanan MotoGP 2013 di Kuala Lumpur, Selasa. -fotoBERNAMA 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengakui membawa balik pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin adalah satu kesilapan.

Pelumba Red Bull KTM Ajo yang berusia 21 tahun itu baharu menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya di Hospital Universitario QuirĂ³n Dexeus, Barcelona, Sepanyol selepas terbabit dalam kemalangan perlumbaan Grand Prix Aragon minggu lepas.

Jelas Razlan, sepatutnya Fahmi terus berada di Barcelona dan menerima rawatan di sana bagi mempercepatkan pemulihan kecederaan yang dialaminya itu.

"Kita sepatutnya biarkan dia berada di sana dan kembali ke sini apabila hampir dengan perlumbaan. Mungkin ini kesilapan kita kerana kalau dia tidak balik awal ke sini, Fahmi boleh menerima rawatan yang lebih baik.

"Di sana memang ada pakar perubatan dalam motoGP. Kebanyakan pelumba dunia lain menerima rawatan di sana.

"Kita sedia maklum sebelum ini, Jorge Lorenzo (Yamaha) patah tulang tulang rusuk ketika sesi latihan kedua di Grand Prix Belanda dan dia dapat meneruskan aksi dia pada waktu perlumbaan sebenar," jelasnya selepas majlis pengenalan trofi Grand Prix Malaysia kepada media di Royal Selangor pada Selasa.

Fahmi kembali ke Kuala Lumpur pada Rabu lalu dan seterusnya menerima rawatan susulan di Institusi Sukan Negara (ISN).

Razlan berkata, ISN adalah sebuah institusi yang bagus untuk acara sukan lain, tetapi masih belum cukup bagi sukan pemotoran.

"ISN adalah sebuah institusi yang bagus untuk sukan seperti badminton, bola sepak, hoki dan sebagainya.

"ISN masih belum ada kepakaran dalam bidang pemotoran ini, tetapi saya yakin pihaknya sedang mengusahakan sesuatu bagi menghadapi keadaan seperti ini.

"Namun ini juga memberi sesuatu yang positif kerana sekiranya ada lagi berlaku situasi seperti ini lagi selepas ini, ISN ada pengalaman berdepan dengan kecederaan pelumba.

"Bermula Khamis ini sehingga Ahad, pasukan ISN akan berada di SIC bagi memantau pelumba ini, dan dalam sama mereka boleh mengetahui dengan lebih dekat lagi keadaan sebenar mengenai keadaan sebenar pelumba," katanya.

Dalam pada itu, Razlan juga turut menerima positif pandangan Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang menasihatkan Zulfahmi berehat untuk beberapa minggu lagi.
"Kami menerima pandangan positif pandangan beliau sebagai pakar profesional dan sejak Isnin, Zulfahmi telah menjalani latihan fisioterapi secara agresif dua kali sehari.

"Semua doktor akan memberi pandangan profesional mereka untuk kepentingan pelumba," jelas Razlan.

Pada Isnin, Dr Ramlan berkata, kebiasaannya kecederaan patah tulang memerlukan tempoh masa antara sembilan hingga 12 minggu untuk pulih.

Zulfahmi telah dimaklumkan situasi itu, namun dia mahu meneruskan perlumbaan pada hujung minggu ini.

"Kita akan lihat keadaan Zulfahmi pada sesi latihan Jumaat ini dan terpulang kepada dia. Bagi SIC, saya tidak mensasarkan apa-apa.

"Sekiranya dia ingin meneruskan niatnya, sudah cukup bagi kami jika dia dapat menamatkan perlumbaan," kata Razlan.




Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berkata, keputusan menghantar Zulfahmi Khairuddin menjalani rawatan susulan di Institut Sukan Negara (ISN) selepas melakukan pembedahan kecil pada pergelangan tangan kanannya di Sepanyol, sebagai satu kesilapan.
Bukan memperkecilkan institusi itu, namun Razlan menegaskan, ISN sememangnya mempunyai kepakaran merawat atlet negara yang lain tetapi atlet sukan permotoran seperti Zulfahmi yang memerlukan proses pemulihan segera, mungkin tidak sesuai menjalani rawatan di situ.

“ISN satu institusi yang bagus untuk sukan seperti bola sepak, badminton, hoki dan sebagainya. Sebab kalau pemain bola sepak patah kaki, doktor pasti menasihatinya supaya berehat lebih lama.
“Tapi skop berbeza dalam sukan permotoran. Kita lihat pelumba MotoGP (Jorge) Lorenzo apabila patah tulang selangka, 48 jam kemudian masih boleh berlumba. Jonas Folger (pelumba Moto3) yang patah kaki tetapi selepas menjalani pembedahan, seminggu kemudian dapat turun beraksi.

“Maksud saya ialah proses pemulihan lebih cepat. Ini mungkin kekurangan yang ada di ISN tapi saya percaya mereka pasti akan menambah baik pada masa depan,” katanya.

Razlan berkata, Zulfahmi sepatutnya terus menyambung rawatan di Hospital Universiti Quiron Dexeus di Barcelona, tempat dia menjalani pembedahan kecil, minggu lalu selepas terbabit dengan kemalangan di Grand Prix Aragon.
FotoZULFAHMI terbabit kemalangan pada GP Aragon.
“Tempat dia menjalani pembedahan itu mempunyai pakar rawatan untuk pelumba MotoGP. Sepatutnya kami biarkan dia menjalani rawatan susulan di sana dan kemudian balik sebelum bermulanya perlumbaan di Sepang,” katanya.

Ditanya reaksinya selepas Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz meminta Zulfahmi berehat lebih panjang dan melupakan aksi di Sepang, Razlan menganggap itu pendapat peribadi beliau sebagai seorang doktor bertauliah.
“Setiap doktor pasti akan memberitahu perkara sama. Beliau (Dr Ramlan) hanya memberikan pandangannya berdasarkan pengalaman profesionalnya sebagai doktor. “Kami terima nasihatnya tapi pada masa sama, kami harap Zulfahmi dapat pulih dengan segera,” katanya
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013100904285320131009042853/Article/index_html#sthash.Sxyg1KYu.dpuf

No comments:

Post a Comment