Monday, October 21, 2013

Nicol Kekalkan Gelaran Juara Terbuka Amerika

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol Ann David mengekalkan gelaran juara Terbuka Amerika untuk tahun kedua berturut-turut apabila mengalahkan pemain England Laura Massaro 3-2 dalam perlawanan akhir pada Jumaat.

Pemain nombor satu dunia itu menjuarai kejohanan Terbuka Amerika untuk kali pertama tahun lepas dengan mengalahkan pemain Mesir Raneem El Weleily pada perlawanan akhir.

Pada perlawanan akhir tahun ini, Nicol mengalahkan Laura 13-11, 11-13, 7-11, 11-8, 11-5 dalam pertarungan lima set penuh mendebarkan yang mengambil masa satu jam 24 minit di Drexel University, Philadelphia, bermula pukul 7 malam Jumaat (7 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Nicol terpaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan 13-11 dalam set pertama sebelum Laura bertindak balas untuk memenangi set kedua dan ketiga dengan mata 13-11 and 11-7.

Bagaimanapun, Laura hanya mampu mara setakat itu apabila Nicol kembali menguasai permainan untuk memenangi dua set berikutnya dengan mata 11-8 dan 11-5.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment