Friday, October 11, 2013

Kim Swee terima gelaran Datuk

KUALA LUMPUR - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran 'Datuk' sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob, hari ini.

Kim Swee bakal dikurniakan pangkat itu pada Ahad ini di Dewan Seri Negeri bersama 79 lain yang turut menerima darjah kebesaran yang sama.

Dia yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron di atas pengiktirafan yang diberikan.

''Sebagai anak jati Melaka, sudah tentu saya berbangga dengan pengurniaan darjah kebesaran ini dan menjadikan saya semakin bersemangat untuk terus menabur bakti kepada negara dan negeri asal saya.

''Namun, perkara ini tidak memberikan saya sebarang tekanan tambahan di dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih Harimau Muda menjelang Sukan SEA 2013 dan berharap ia mampu memberikan tuah kepada saya pada masa akan datang," katanya.

No comments:

Post a Comment