Wednesday, October 30, 2013

Josiah sasar pingat di Manchester


Kuala Lumpur: Satu emas dan satu gangsa di Piala Asia Bangkok baru-baru ini menjadi pembakar semangat buat pelumba negara Josiah Ng sebagai bekalannya menghadapi Siri Piala Dunia Klasik di Manchester bermula Jumaat ini.

Kemenangan yang diraih ketika belum berada di prestasi kemuncak itu memberikannya suntikan semangat terutama ketika diberi tentangan sengit daripada rakan senegara Azizulhasni Awang dan pelumba dari Jepun.


Dia yang berada dalam keadaan terbaik dan bebas kecederaan itu mempunyai misi tersendiri di Manchester untuk mencatatkan keputusan terbaik dan membawa pulang pingat.

Josiah yang pernah bergelar pelumba terbaik dunia pada 2004 itu berkata, dua Siri Piala Dunia di Manchester dan Mexico menjadi persaingan sengit semua peserta untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia.

“Ketika ini hanya dua Siri Piala Dunia dan satu lagi akan dimaklumkan kemudian jadi saya pasti setiap pelumba akan bersaing merebut mata dan pingat.

“Dengan prestasi sekarang saya mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri untuk menang,” kata pemenang pingat emas Sukan Komanwel New Delhi.

Dia juga agak bimbang dengan skuad China yang kini masih ‘menyimpan’ pelumba mereka apabila langsung tidak menyertai sebarang pertandingan.

Josiah akan bersama-sama Muhamad Edrus Md Yunus, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut berpasukan manakala Fatehah Mustapa (keirin dan pecut) dan Jupha Somnet (perlumbaan mata dan scratch)



Oleh Aida Adilah Mat, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment