Thursday, October 03, 2013

BAM, BKA Bekerjasama Bangunkan Badminton Sebagai Satu Industri

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Badminton Korea (BKA) untuk membangunkan badminton sebagai satu industri.

Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata kedua-dua persatuan akan berganding bahu dalam membangunkan badminton agar kalangan belia dapat memilih sukan sebagai sumber untuk menyara hidup.

"Malaysia berhasrat agar dapat mewujudkan perkara ini (sukan sebagai kerjaya) dan mungkin malah mengeksport sebahagian daripada bakat kita untuk menjadi jurulatih," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.

Program pertukaran itu bertujuan menambah baik persefahaman dan kerjasama antara BAM dan BKA dalam semangat badminton.

Antara program pertukaran yang dipersetujui adalah latihan bersama dengan pemain junior BAM dan perlawanan persahabatan antara kedua-dua negara, perbincangan jurulatih untuk bertukar-tukar idea serta pengetahuan dalam sains sukan selain merancang liga kejohanan di masa depan dengan disertai pemain dari kedua-dua negara.

Bersempena dengan majlis pemeteraian MoU itu, BKA membawa bersama pemain mereka untuk mengadakan sesi latihan bersama pemain junior BAM selama seminggu mulai hari ini manakala pemain junior BAM akan mengunjungi BKA di Seoul, Korea Selatan pada Januari tahun depan.

Tengku Mahaleel berkata kerjasama antara BAM dan BKA merintis laluan bagi bagi pemain Korea dan Malaysia mendapat latihan terbaik supaya "mereka ara itu, Ketua Pengarah Eksekutif BKA Kim Joong Soo berkata kerjasama antara BAM dan BKA adalah peluang terbaik bagi kedua-dua negara menjadi negara peneraju dalam sukan badminton.

"Saya sentiasa mahu menghantar pemain saya ke Malaysia... kerana saya inginkan Malaysia dan Korea Selatan menjadi juara dunia. Ini satu kerjasama yang baik... kita boleh saling mempelajari taktik dan teknik satu sama lain," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment