Wednesday, September 25, 2013

‘Saya akan fikirkan dulu’

uala Lumpur: “Saya akan fikir dulu, tapi selagi Tan Aik Mong ada, mungkin saya tidak akan kembali,” kata jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek mengenai kemungkinan menarik balik peletakan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Beliau yang hadir ke Stadium Juara, Bukit Kiara semalam berkata, sekurang-kurangnya ada perubahan berlaku selepas tindakannya meletak jawatan Khamis lalu.

“Saya datang berjumpa kawan-kawan jurulatih, mereka nampaknya sangat gembira kerana kembali memainkan peranan sebagai jurulatih. Perihal saya, tidak mengapa, saya boleh teruskan. Yang penting, jurulatih nampaknya sudah jelas dengan objektif disasarkan.
“Saya meletak jawatan sebelum ini pun atas alasan tidak selesa dengan cara kerja yang diperkenalkan, bukannya mahu cari pasal. Malah saya tidak menyerang peribadi presiden (Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff). Untuk kembali, biarlah saya fikir dengan baik, niat saya selama ini pun ikhlas membantu skuad negara menaikkan semula martabat badminton.” Meskipun Rashid mendakwa beliau sekadar bertemu rakan jurulatih, Tengku Mahaleel mengesahkan ada bertemu dan berbincang dengan jurulatih itu semalam.


Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment