Tuesday, September 03, 2013

Satu Sen pun tak dapat!

Khairy tegas KBS sekat peruntukan kewangan kepada PSM

Putrajaya: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) tidak akan menerima peruntukan 'satu sen pun' daripada kerajaan selagi tidak mengemukakan pelan pemulihan, tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil tindakan menyekat semua peruntukan kewangan kepada badan berkenaan selepas skuad negara aib menanggung kekalahan memalukan kepada Korea Selatan pada final Siri Super ISTAF di India, malam kelmarin.

PSM tidak akan dapat satu sen pun daripada kerajaan selagi mereka tidak mengemukakan pelan pemulihan menyeluruh” Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan

Oleh Haika Khazi - Berita Harian

No comments:

Post a Comment