Thursday, September 12, 2013

Kim Her selamat


Tan Kim Her yang enggan ‘turun pangkat’ ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), berjaya menyelamatkan dirinya sekali gus dilantik sebagai ‘pembantu peribadi’ Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Tan Aik Mong.
Sejak kelmarin, Aik Mong dikatakan sudah memiliki senarai perubahan struktur kejurulatihan, namun enggan membuat pengumuman biarpun sudah beberapa kali bertemu jurulatih serta pemain.

“Saya baru pulang dari SSBJ, penat, esok (hari ini) sajalah saya umumkan,” kata Aik Mong.
Ketika Kim Her berjaya menyelamatkan dirinya, tujuh jurulatih skuad senior atau elit kebangsaan, terpak sa menerima hakikat turun pangkat apabila kini melatih pemain akademi SSBJ. Mereka membabitkan Hendrawan, Hazwan Jamaluddin, Rosman Razak, Chin Eei Hui, Wong Tat Meng, Woon Sze Mei serta Chong Kien Ling.

Bagaimanapun, Rashid Sidek, Tey Seu Bock, Paulus Firman dan Jeremy Gan kekal bersama skuad elit kebangsaan.

Jurulatih elit lain semuanya turut kekal tetapi beberapa jurulatih dari SSBJ, Chang Kim Wai, Zhou Kejian, Ronny Augustus, Ng Mee Fen dan Wong Pei Tty, naik pangkat.
Kim Her pastinya paling gembira kerana kini menjadi pembantu peribadi Aik Mong dan dilihat menemani Pengarah TMG itu menghadiri mesyuarat dengan pengurusan SSBJ, petang semalam.

Pada pertemuan itu, Aik Mong dikatakan menyerahkan semua tanggungjawab kepada pengurusan SSBJ yang menjadi akademi kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama ini untuk merangka program mereka sendiri.



Oleh Mohd Hilmie Hussin, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment