Thursday, September 26, 2013

Barang Hilang, BAM Tingkatkan Kawalan Di Stadium Juara Bukit Kiara

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memperketatkan kawalan keselamatan di Stadium Juara, Bukit Kiara, berikutan kehilangan barangan persatuan itu.

Berikutan langkah tersebut, pelawat kini perlu mendaftar sebelum masuk ke stadium berkenaan iaitu tempat pemain elit dan pelapis kebangsaan menjalani latihan, menurut pengurusan BAM dalam kenyataan di sini Rabu.

"Baru-baru ini berlaku pelanggaran keselamatan di stadium di mana peralatan telah hilang. BAM perlu memperbetulkan insiden keselamatan yang serius ini," katanya.

Peraturan baharu itu juga menghadkan media untuk menemubual jurulatih dan pemain di stadium berkenaan berbanding sebelum ini di mana wartawan bebas membuat liputan setiap hari.

Media hanya dibenarkan membuat liputan pada Isnin, Rabu dan Jumaat iaitu bermula pada 9 pagi hingga 12 tengah hari.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment