Monday, September 09, 2013

Acara Gusti Kembali Ke Olimpik

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Acara gusti kembali ke temasya Olimpik susulan pengundian oleh anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Buenos Aires, Argentina pada Ahad.

Menurut laman sesawang rasmi IOC www.olympic.org, acara sukan itu menerima 49 daripada 95 undi, manakala besbol/sofbol dan skuasy masing-masing menerima 24 dan 22 undi.

Sukan gusti akan dipertandingkan pada temasya Olimpik 2020 dan 2024.

Terdahulu pada sesi IOC ke-125, jawatankuasa itu bersetuju 25 sukan akan menjadi acara teras pada sukan Olimpik 2020.

Acara terbabit ialah olahraga, lumba perahu, badminton, bola keranjang, tinju, kayak, berbasikal, ekuestrian, lawan pedang, bola sepak, gimnastik, angkat berat, bola baling, hoki, judo, akuatik, pentatlon, taekwondo, tenis, ping pong, menembak, memanah, triatlon, pelayaran dan bola tampar.

Tokyo, Jepun dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi 2020.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment