Thursday, August 29, 2013

Pelayar Negara Jalani Latihan Dengan Pelayar Luar Hadapi Sukan SEA

LANGKAWI, 28 Ogos (Bernama) -- Pelayar negara sedang mengadakan latihan bersama dengan pasukan luar negara bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar, kata Naib Presiden Persatuan Pelayar Malaysia, Datuk Mansor Ismail.

Beliau berkata latihan diadakan di sini sejak 18 Ogos lepas oleh lebih 100 pelayar termasuk 42 pelayar luar negara seperti dari Taiwan, Kuwait dan negara-negara Arab yang lain.

Malaysia akan memilih 20 pelayar untuk meneruskan latihan di peringkat pusat dan menyasarkan lima pingat di Sukan SEA nanti, katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment