Thursday, July 11, 2013

Universiade : Badminton Raih Pingat Pertama Kontinjen, Hadiah Tiga Pingat Gangsa


KAZAN, (Rusia), 11 Julai (Bernama) -- Skuad badminton mengakhiri pencarian pingat pertama Malaysia pada Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) apabila menyumbang tiga pingat gangsa pada saingan hari kelima di sini Rabu.

Tiga pingat tersebut diraih oleh perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain, beregu lelaki Loh Wei Sheng/Jagdish Singh dan beregu wanita, Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean.

Dalam perlawanan separuh akhir di Tennis Academy, di sini, ketiga-tiga wakil negara terpaksa berpuas hati dengan pencapaian gangsa selepas gagal ke final.

Iskandar kalah kepaad pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 9-21 dan 11-21; Loh/Jagdish kalah kepada beregu nombor satu dunia Lee Yongdae/Ko Sungyun dari Korea Selatan 14-21 dan 21-8.

Pasangan Chow dan Lee turut mengalami nasib yang sama apabila diketepikan Chang Ye Na/Kim So Young dari Korea Selatan 17-21 dan 9-21.

Pada kejohanan tersebut tempat ketiga dan keempat berkongsi pingat gangsa.

Daripada Nursyabiha Sukri -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment