Tuesday, July 09, 2013

Harimau Muda A Tewas Kepada Great Britain 0-2

KAZAN, (Rusia) 8 Julai (Bernama) -- Pasukan Harimau Muda A tewas kepada Great Britain 0-2 pada perlawanan kedua peringkat kumpulan di Stadium Olymp, Kazan Isnin.

Sebelum ini, mereka mencatat kemenangan mengejut ke atas Itali 2-0 pada saingan peringkat kumpulan C, Jumaat lepas.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee ketinggalan satu gol apabila James Philip Aldred membolosi gawang Malaysia pada minit ke-18 selepas menyudahkan hantaran rakan sepasukannya, Sammy Andrew Macvicar.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan negara terus diasak dengan gol kedua menerusi Alex James Dyer pada minit ke-48.

Dua minit kemudian, Harimau Muda tambah tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wan Zaharulnizam menerima kad merah akibat mengasari pemain lawan.

Turut tersenarai dalam kumpulan C ialah Algeria.

Malaysia dijadual menentang Algeria pada Rabu.

Algeria tidak muncul pada perlawanan pertama menentang Great Britain.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment