Monday, June 17, 2013

Sukan Sumber Ekonomi - Rosmah

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Sukan bukan sekadar satu perlawanan atau permainan sebaliknya turut membabitkan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi arus perdana, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata banyak acara sukan membuktikan bahawa kuasa dan magnitud ekonomi sukan mampu memperbaiki gaya hidup, memupuk integrasi ekonomi, memperkukuh pembangunan keusahawanan serta kehidupan lestari.

"Sukan adalah satu ekonomi. Sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara adalah luas serta luar biasa dan terus berkembang," katanya pada perasmian Kongres Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan 2013 anjuran Persatuan Perubatan Sukan dan Latihan Malaysia (SSEMM).

Ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

Kongres itu menampilkan penceramah berpengalaman dari lebih 22 negara yang pakar dalam bidang rawatan perubatan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment