Thursday, June 13, 2013

Malaysia tempah tiket separuh akhir

MALAYSIA mengesahkan slot suku suku akhir Kejohanan Skuasy Dunia Berpasukan Lelaki di Mulhouse, Perancis selepas menewaskan Amerika Syarikat 2-0.

Muncul selaku juara Kumpulan E, mata sulung Malaysia dalam aksi kalah mati semalam diraih pemain berpengalaman negara, Ong Beng Hee yang membenam Christopher Gordon 7-11, 11-5, 11-4, 11-8.

“Saya ada membuat beberapa kesilapan pada set pertama sebelum bangkit pada set kedua. Selepas itu, penguasaan gelanggang saya semakin baik walaupun diberi saingan sengit oleh Christopher.
“Atas kertas, kita sebenarnya mampu menang dan lebih menarik, saya dan rakan sepasukan menguasai gelanggang kaca dengan baik. Kami benar-benar menguasai perlawanan hari ini (semalam),” jelas Beng Hee.

Mata kemenangan negara diraih oleh pemain muda, Muhd. Asyraf Azan yang menewaskan Dylan Murray 8-11, 12-10, 11-2, 11-8.


KOSMO

No comments:

Post a Comment