Monday, June 10, 2013

Malaysia Catat Kemenangan Pertama Pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) yang berlangsung di Mulhouse, Perancis, pada Ahad.

Pemain Malaysia mengalahkan Botswana 2-1 dalam perlawanan pertama mereka.

Malaysia memperoleh mata pertama menerusi Mohd Nafiizwan Adnan yang mengalahkan Lekgotla Mosope dalam perlawanan 'straight set' 11-6, 11-4 dan 11-5, namun Botswana kemudian menyamai kedudukan setelah Ong Beng Hee dikalahkan pemain pilihan pertamanya, Alister Walker dalam perlawanan 'straight set' 3-11, 8-11 dan 9-11.

Mata kemenangan untuk Malaysia diperoleh menerusi Muhd Asyraf Azan setelah beliau menewaskan Koketo Ntshebe, 11-3, 11-4 dan 11-6.

"Perlawanan pertama selalunya sukar ... keseluruhannya, Alister bermain dengan sangat baik dan ianya panas dan memantul. Ia sukar untuk setiap orang , musim PSA telah berakhir dan saya cuba sentiasa berwaspada demi pasukan meskipun ia bukan tugas yang mudah. Ia melibatkan soal mental.

"New Zealand, pertemuan yang besar Isnin," kata Beng Hee sebagaimana dipetik dari blog perlawanan.

Malaysia akan menentang New Zealand dalam pusingan kedua Round Robin Kumpulan E sebelum bertemu Poland pada 11 Jun.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment