Wednesday, June 05, 2013

Lawatan rasmi YB Khairy Jamaluddin dan YB Dato' M. Saravanan ke ISN


YB Menteri diberi penerangan berkaitan fungsi ISN oleh Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pegawai Eksekutif ISN
YB Menteri diberi penerangan berkaitan fungsi ISN oleh Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pegawai Eksekutif ISN
 
BUKIT JALIL – 4 Jun 2012 :  YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' M. Saravanan hari ini berkesempatan meluangkan masa dengan membuat lawatan rasmi ke Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil. Ketibaan beliau bersama rombongan disambut oleh Pengerusi ISN, YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd Zin bin Bidin , Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail dan barisan Pengarah ISN. Turut serta dalam lawatan ini adalah Dato' Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha KBS.

Dalam rawatan rasmi ini, YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' M. Saravanan telah diberikan penerangan fungsi Insitut Sukan Negara oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail dan barisan Pengarah ISN. Beliau juga berkesempatan melawat ke sekitar Insitut Sukan Negara disamping diberikan taklimat dari setiap bahagian Insitut Sukan Negara terutama dari pakar-pakar Perubatan dan Sains Sukan.

YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin juga turut diberi penghormatan untuk merasmikan “Athlete Lounge” dan “Bilik Sauna ISN” yang merupakan fasiliti terkini di Insitut Sukan Negara, yang disediakan untuk kemudahan atlet dan jurulatih. Diakhir sesi lawatan YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' M. Saravanan turut meluangkan masa bertemu dan memberikan amanat khas kepada warga Insitut Sukan Negara.



YB Menteri turut meluangkan masa bertemu dan memberi amanat khas kepada warga ISN
YB Menteri turut meluangkan masa bertemu dan memberi amanat khas kepada warga ISN
 
Diantara penekanan beliau dalam ucapan yang disampaikan adalah untuk memajukan sukan Negara melalui pendekatan sains sukan dan inovasi sukan. Disamping itu YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin turut menekankan bertapa pentingnya proses pengenalpastian bakat atlet-atlet yang lebih sistematik dan saintifik. Warga ISN menyambut baik amanat YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan sebagai agensi yang mempunyai kepakaran dalam aspek perubatan, sains dan inovasi sukan, ISN akan terus mengorak langkah memajukan sukan Negara.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail serta seluruh warga Insitut Sukan Negara mengucapkan jutaan terima kasih dan berbangga di atas kesudian YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' M. Saravanan meluangkan masa menjengah sebentar di Insitut Sukan Negara, Bukit Jalil walaupun dalam kesibukan tugas masing – masing. YB Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan beredar meneruskan agenda lawatan beliau setelah hampir 2 jam di ISN, Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment