Tuesday, June 04, 2013

'Kita perlukan menteri yang berani'

ANNUAR MUSA


PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, bidang sukan negara memerlukan menteri berkaitan sukan yang berani bersuara dan tegas seperti ditunjukkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, tindakan Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik itu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini juga selari dengan tanggungjawabnya.

"Saya yakin pandangan yang dilontarkan oleh Menteri Belia dan Sukan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima tanpa ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak mahupun individu," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam.

Pada masa yang sama, Annuar yakin FAM bertindak mengikut peraturan dalam menangani isu berkenaan.

Khairy sebelum ini mempersoalkan tindakan FAM memberikan hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PNBP) bagi perlawanan semula separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan Johor DT dengan Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu lalu, selepas PNBP gagal menangani aspek keselamatan ketika perlawanan asal di Stadium Darul Makmur, Kuantan empat hari sebelum itu.

Khairy juga mempersoalkan keputusan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada Pahang dan 20,000 kepada Johor pada perlawanan ulangan itu.

Kenyataan Khairy menimbulkan rasa terkilan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM yang bertitah bahawa keputusan FAM itu dibuat berlandaskan peraturan. - Bernama

-KOSMO

No comments:

Post a Comment