Friday, June 28, 2013

‘Jaga nama baik Kelantan’

Kota Bharu: “Jaga nama baik anak Kelantan dan pastikan tidak meninggalkan kewajipan solat. Jadikan bola sepak sebagai sukan memupuk muhibah dan insya-Allah saya yakin, anak Kelantan dapat melakukannya,” kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, penyokong Kelantan yang akan menyaksikan perlawanan Kelantan menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok diharap dapat menjaga tatasusila sepanjang berada di dalam dan luar stadium.

 “Saya ucapkan selamat berjuang kepada pasukan Kelantan yang akan berentap menentang Johor DT di pentas akhir Piala FA, Sabtu ini (esok). Semoga kejayaan milik kita,” katanya di laman Facebook miliknya.


Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment