Wednesday, June 12, 2013

Dr Ramlan Dilantik Semula CEO ISN, Shapawi Sebagai Pesuruhjaya Sukan

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Rabu mengumumkan pelantikan semula Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu.

Unit Komunikasi Korporat KBS dalam kenyataan berkata Dr Ramlan, 53, sebelum ini dipinjamkan sebagai Penasihat Sains dan Perubatan Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan sejak 16 Ogos tahun lepas.

Ahmad Shapawi Ismail, 50, yang menjawat jawatan CEO ISN pula dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan.

"Pelantikan kedua-dua pegawai kanan (KBS) ini berkuat kuasa 17 Jun," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Dr Ramlan pernah menjawat jawatan yang ketika itu sebagai Ketua Pengarah ISN bermula 2007 hingga 2012 sebelum dilantik sebagai Penasihat Sains dan Perubatan Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shapawi pula dilantik ke jawatan berkenaan bagi menggantikan Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh yang tamat kontrak pada April lepas selepas dua tahun memegang jawatan berkenaan.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment