Thursday, June 06, 2013

22 pasukan sahkan penyertaan


KHAIRY (kanan) dan Naim menunjukkan isyarat bagus ketika melancarkan gimik pelancaran laluan JM 2013 di Putrajaya semalam.


SEBANYAK 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan lumba basi- kal Jelajah Malaysia (JM) 2013 pada 26 hingga 30 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jama- luddin Abu Bakar berkata, JM 2013 akan berlangsung sebanyak lima peringkat yang meliputi laluan sejauh 856 kilometer.

“Meskipun JM 2013 terpaksa di tunda kerana memberi laluan kepada proses Pili- han Raya Umum ke-13 lalu sebelum laluan- nya pula terpaksa dipendekkan tetapi saya berani memberi jaminan bahawa ia tetap akan menjadi salah satu program yang mampu menarik perhatian ramai.

“Perlumbaan tahun ini melibatkan lima peringkat dan penganjur telah memilih destinasi ke selatan yang bermula dari Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil melalui Negeri Sembilan, Johor, Melaka sebelum berakhir di Putrajaya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laluan perlum- baan JM 2013 di Putrajaya semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.

Dalam pada itu, Khairy turut berterima kasih kepada penaja-penaja utama siri Jelajah Malaysia seperti Resorts World Genting, Milo dan 100Plus yang sudi tampil bersama-sama bagi memeriahkan perlumbaan yang berprestij dalam kalangan benua Asia dan antarabangsa itu.

Katanya, hasil kajian sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet mendedahkan bahawa kadar tidak aktif dalam kalangan orang dewasa di Malaysia adalah pada tahap 61 peratus.
“Hasil tinjauan Kementerian Kesihatan pula mendapati hanya 25 peratus rakyat Malaysia yang bersenam,” ujarnya.

Sementara itu, Naim berkata, JM 2013 mampu menjadi tarikan tersendiri walaupun terdapat beberapa perkara telah diubah.
“Sudah tentu pada perlumbaan kali ini kami akan memberi tekanan kepada aspek keselamatan terutama kepada pelumba-pelumba.

“Kami turut mendapat kerjasama dari- pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak keselamatan lain untuk bersama-sama memastikan kelancaran perlumbaan ini,” kata Naim.
JM merupakan acara jelajah lumba basikal tertua di negara ini sejak 1963 serta telah diiktiraf sebagai perlumbaan berstatus 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antara- bangsa (UCI).

Naim berkata, pelbagai acara sampingan telah dirancang di setiap destinasi penamat seperti persembahan kesenian, karnival, konsert serta pameran-pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Ia bertujuan untuk menyuntik semangat dalam kalangan peminat sukan lumba basi- kal di Malaysia.

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment