Tuesday, May 21, 2013

Percaturan ‘berani mati’

Percaturan ‘berani mati’  
Thien How dan Wee Kiong turut disenaraikan dalam skuad Piala Sudirman kali ini.
 
Kim Her perlu tentukan beregu mana layak galas cabaran negara hari ini

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her perlu membuat percaturan 'berani mati' dalam menentukan pasangan mana yang layak menggalas cabaran skuad badminton negara pada aksi terakhir Kumpulan C, kempen Piala Sudirman menentang Jerman di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.

Pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tidak wajar diturunkan. Ini kerana, hanya Kien Keat saja masih berkeyakinan untuk beraksi manakala Boon Heong mengakui tahap keyakinannya menurun selepas dimalukan dengan kekalahan di tangan beregu Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin 18-21, 18-21 - kekalahan yang menjadi punca terhadap kegagalan skuad negara tewas kepada Taiwan 2-3 pada aksi sulung kelmarin.

Semua orang dapat saksikan pretasi Kien Keat-Boon Heong dan seperti orang lain, saya juga kecewa. Namun, semua sudah terjadi dan saya harap ia tidak akan berulang lagi," Tan Kim Her, Ketua jurulatih beregu

Namun, jika tidak menurunkan ‘pasangan emas’ itu, adakah Kim Her berani untuk menurunkan dua lagi beregu yang turut disenaraikan kali ini, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah pada perlawanan yang disifatkan sebagai misi hidup mati Malaysia dalam usaha layak ke suku akhir.

Walaupun masih berahsia mengenai siapa yang akan diturunkan, Kim Her menegaskan yang dia tidak mahu kesilapan sama berulang apabila menyifatkan kekalahan Kien Keat-Boon Heong itu adalah yang terburuk dan mengecewakan dirinya.

Tak dedah rahsia

“Semua orang dapat saksikan pretasi Kien Keat-Boon Heong dan seperti orang lain, saya juga kecewa. Namun, semua sudah terjadi dan saya harap ia tidak akan berulang lagi.
“Saya tidak boleh dedahkan siapa yang akan bermain esok (hari ini) tetapi apa yang saya boleh katakan, ketiga-tiga beregu termasuk Kien Keat-Boon Heong tetap sentiasa bersedia untuk diturunkan dan saya masih yakin kita mampu mara ke suku akhir dengan menewaskan Jerman,” kata Kim Her.



BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment