Tuesday, May 14, 2013

Pandelela, Mun Yee angkat martabat wanita negara: PM




Mun Yee dan Pandelela ketika acara penyampaian hadiah bagi acara terjun berirama 10 meter platform di Grand Prix Fina Amerika Syarikat di Fort Lauderdale, Sabtu lalu. Harum nama Malaysia raih perak dalam acara terjun di Amerika

Kuala Lumpur: Kejayaan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee merangkul pingat perak dalam acara terjun berirama 10 meter platform di Grand Prix Fina Amerika Syarikat di Fort Lauderdale, Sabtu lalu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menerusi laman sosial Twitter miliknya memuji pencapaian gandingan penerjun negara itu yang disifatkan sebagai satu kejayaan besar sekali gus mengangkat martabat wanita negara di pentas sukan antarabangsa.
“Tahniah @Pandelela_R & @AngelaLeong) kerana memenangi pingat perak untuk acara terjun di FINA US Grand Prix,” kata Najib dalam laman sosial Twitter miliknya, semalam.



Tiba masa buru emas

“Suatu kejayaan besar bagi wanita Malaysia kita.” Gandingan kebanggaan negara itu merekodkan 295.62 mata keseluruhan - kurang 30.92 mata di belakang penerjun muda China, Lian Jie-Huang Xiaohui yang meraih emas.

Tempat ketiga menjadi milik penerjun dari Britain, Sarah Barrow-Tonia Couch yang mencatat 292.68 mata. Sebelum ini, Pendelela dan Mun Yee juga meraih perak di Edinburgh dan Moscow di Siri Terjun Dunia bulan lalu dengan mencatat 322.20 dan 329.40 mata.

Pandelela yang meraih gangsa di Sukan Olimpik London tahun lalu juga berjaya meraih gangsa dalam acara 10m platform individu dalam pembuka tirai Siri Terjun Dunia di Beijing China, Mac lalu.



Berita Harian

No comments:

Post a Comment