Wednesday, May 22, 2013

Nicol Lepasi Halangan Pertama Terbuka British

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua kejohanan skuasy Terbuka British di Pontefract, West Yorkshire, England pada Selasa.

Beliau mengalahkan Joshna Chinappa dari India dalam straight set 11-4, 11-5 dan 11-4 dalam masa setengah jam.

Namun pemain nombor dua Malaysia, Low Wee Wern kalah kepada pemain tuan rumah Sarah-Jane Perry dalam perlawanan empat set.

Wee Wern kalah 7-11, 11-13, 11-7 dan 9-11 dalam masa satu jam dua minit.

Dalam kategori lelaki yang diadakan di KC Stadium di Hull, menyaksikan Ong Beng Hee tersingkir awal.

Beng Hee kalah kepada pemain Australia, Cameron Pilley dalam straight set 1-11, 8-11 dan 12-14 dalam masa 46 minit.

Sementara perlawanan antara Delia Arnold dan pemain nombor tiga dunia Raneem El Weleily dari Mesir dijadual diadakan pada 6 petang waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment