Tuesday, May 28, 2013

MSN Pohon Peruntukan Tambahan Untuk Pembangunan Sukan Di Kelantan

KOTA BAHARU, 27 Mei (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN) akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi pembangunan sukan di Kelantan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong.

Katanya langkah penting memandangkan Kelantan mempunyai ramai bakat baharu dalam bidang sukan, namun terpinggir kerana kerajaan negeri tidak memberi peruntukan untuk pembangunan sukan di negeri itu.

"Malah, Perlis dapat dua kali ganda daripada kerajaan negeri mereka berbanding apa yang kita (MSN) beri kepada Kelantan.

"Kita akan cuba (dapatkan peruntukan). Kalau tidak daripada Kementerian Kewangan, mungkin dari sumber lain. Saya akan bincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) Kelantan di sini Isnin.

Zolkples bagaimanapun tidak menyebut peruntukan tahunan yang diberikan MSN kepada Kelantan.

Beliau berkata MSN tidak akan meminggirkan atlet dari Kelantan walaupun dikuasai pembangkang dan akan berusaha membangunkan sukan di negeri itu.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment