Friday, May 10, 2013

'Jangan rambang mata'


ZOLKPLES (tengah) ditemani Ab. Jalil Abdullah (kanan) dan Beng Choo ketika melancarkan Sukma 2013 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


PENTINGKAN semangat kesukanan dan jangan terlalu taksub dengan elaun dan kemuda- han.
Demikian mesej Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong kepada kesemua atlet pelapis negara yang bakal menyertai temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 yang bakal membuka tirainya di Kuala Lumpur pada 28 Jun depan.

Zolkples berkata, pihaknya menyedari wujud- nya senario tidak sihat dalam kalangan atlet muda negara yang lebih berminat menyertai mana-mana kontinjen yang menawarkan elaun tambahan dan kemudahan lebih efektif berbanding kontinjen lain.

Bagaimanapun jelas beliau, situasi itu kini lebih terkawal berbanding semasa temasya Sukma disertai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) suatu ketika dahulu.

"Saya percaya ia masih berlaku biarpun tidak seteruk dahulu apabila ada kontinjen negeri yang lebih berkemampuan memberikan elaun dan kemudahan latihan lebih baik buat mana- mana atlet.
"Disebabkan itu, pertindihan pendaftaran atlet sering berlaku apabila ada lebih satu kontin- jen berhasrat menggunakan khidmat atlet berkenaan sebelum ini.

"Justeru, atlet sepatutnya tidak rambang mata dan terlalu taksub dengan tawaran berke- naan, sebaliknya mementingkan semangat kesukanan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Laman Web dan Detik 50 Hari Sukma XVI Kuala Lumpur di MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma, Datuk Low Beng Choo dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma, Datuk Ab. Jalil Abdullah.

Mengulas lanjut Zolkples berkata, buat julung-julung kalinya setiap wakil kontinjen Sukma kali ini juga perlu menghadiri Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) yang akan diada- kan selama tiga hari di ibu negara bermula 3 Jun depan.

Menurut beliau, ia telah lama diamalkan pada temasya lebih tinggi seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel serta Sukan Asia sebelum ini dan ia dijangka dapat mengatasi pelbagai masalah berbangkit pada temasya Sukma nanti.

"Saya percaya setiap perkara berbangkit yang dialami pada temasya Sukma terdahulu seperti kelewatan acara serta pengesahan penyertaan atlet dapat diatasi menerusi mesyuarat itu," katanya.
Zolkples memberitahu, hampir 5,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen negeri bakal menyertai temasya kali ini dengan kos tidak melebihi RM9 juta.

Ia bakal bermula dari 28 Jun sehingga 7 Julai depan dan majlis penutup akan diadakan di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil.

"Selain Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, beberapa venue juga dikenal pasti kali ini antaranya seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Stadium Juara, Komplek Air Putrajaya, Pantai Morib, Banting dan South City Plaza, Seri Kembangan.

"Sebanyak tiga sukan baharu juga diperkenalkan kali ini iaitu woodball, bola sepak pantai dan muay thai," katanya.

Untuk rekod, temasya Sukma sebelum ini diadakan secara dwitahunan sebelum dianjurkan setiap tahun bermula 2011 bagi memberi peluang mencungkil bakat baharu dalam semua jenis sukan sampingan selain sukan teras.

Ia akan diadakan di kesemua negeri setiap dua tahun sekali sambil diselang-seli dengan penganjuran di Kuala Lumpur.
Pahang merupakan tuan rumah Sukma ke-15 manakala Perlis bakal menjadi tuan rumah pada tahun depan.

Justeru, mana-mana individu yang berminat menjadi sukarelawan kali ini bolehlah mendaftar secara online di laman web sukanmalay- sia.nsc.gov.my dengan kadar segera kerana ia cuma terhad kepada 350 orang sahaja.

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment