Friday, May 31, 2013

FAM Nafi Berat Sebelah Dalam Isu Pengagihan Tiket

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal sekeras-kerasnya laporan beberapa akhbar bahawa mereka bersikap 'berat sebelah' dalam pengagihan jumlah tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

FAM dalam satu kenyataan Jumaat berkata perkara teknikal melibatkan venue perlawanan dan jumlah penjualan tiket telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan ke-34 di Wisma FAM, Kelana Jaya, Rabu lepas, yang turut dihadiri wakil kedua-dua pasukan itu.

"Sebagai pasukan tuan rumah (PTR), Pahang mempunyai hak ke atas semua aspek pengelolaan perlawanan termasuklah memperuntukkan tiket kepada pasukan Johor DT sebagai Pasukan Pelawat (PL).

"Peruntukan 60,000 tiket untuk Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan 20,000 tiket yang boleh dibeli oleh (penyokong) Johor DT di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah dengan persetujuan PBNP," kata FAM.

Kenyataan itu turut menyebut keputusan agihan tiket itu dibuat selaras dengan Perkara 3.8.1 Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 dan Perkara 5 Peraturan Keselamatan FAM.

"Perlu diperjelaskan bahawa FAM hanya bertanggungjawab dalam soal pengelolaan teknikal sahaja manakala urusan seperti menetapkan harga tiket, jumlah jualan atau agihan dan peruntukan tiket untuk Pasukan Pelawat adalah dalam bidang tugas PBNP," kata FAM.

Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) menerusi kenyataan media, semalam mengganggap keputusan FAM membenarkan PBNP menjadi tuan rumah dan mendapat peruntukan jumlah tiket yang besar dianggap sebagai satu 'keistimewaan'.

Mereka turut dilaporkan mempertikaikan jaminan polis mengenai tahap keselamatan untuk perlawanan berkenaan.

Untuk rekod, Johor DT menang 1-0 ke atas Pahang pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 25 Mei lepas.

Aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Darulmakmur, Kuantan, tiga hari kemudian bagaimanapun tidak dapat diteruskan berikutan kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.



-- BERNAMA

7 comments:

  1. Whats up! I simply would like to give an enormous thumbs up for the great data you might
    have right here on this post. I can be coming back to your weblog
    for extra soon.

    Here is my web blog; d-day paintball oklahoma

    ReplyDelete
  2. Hey! I just would like to give an enormous thumbs up for the good data you will have here on this post.
    I can be coming again to your weblog for extra soon.

    Review my homepage; KV Pattom

    ReplyDelete
  3. Hi there! I simply wish to give a huge thumbs up for the nice
    info you will have right here on this post.
    I shall be coming back to your weblog for more
    soon.

    Feel free to surf to my weblog :: niche market

    ReplyDelete
  4. Hey! I just would like to give an enormous thumbs up for the nice data
    you have here on this post. I might be coming again to your blog for more soon.


    My homepage ... safety slogans in marathi

    ReplyDelete
  5. Howdy! I simply would like to give an enormous thumbs up for the great data you could have right
    here on this post. I will probably be coming again to your weblog for more soon.


    Here is my blog; rowenta travel irons sale

    ReplyDelete
  6. Hey! I just want to give an enormous thumbs up for the good information you’ve got right here
    on this post. I will be coming again to your weblog
    for extra soon.

    my page; music japan tv uverworld

    ReplyDelete
  7. Hi there! I just would like to give a huge thumbs up for
    the good information you’ve got here on this post. I can be coming back to your weblog for more soon.


    Here is my web site :: hide music player and still play music

    ReplyDelete