Friday, May 31, 2013

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati.

Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan.

"Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata KBS tidak lama lagi dijangka menyiapkan Pelan Strategik Lapan Tahun MSN yang menjadi rangka tindakan program pembangunan jangka panjang buat atlet negara.

Antara perkara baharu yang terkandung dalam pelan itu ialah program pembangunan jurulatih mahir yang akan diusahakan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan MSN.

"Kita ingin menyediakan lebih ramai jurulatih yang berkemampuan untuk terus membimbing atlet sehingga ke peringkat tertinggi iaitu Sukan Olimpik," jelas Khairy.

Beliau berkata tumpuan juga akan diberi kepada program pencarian bakat baharu (TID) yang akan diperluaskan bagi memastikan lebih ramai bakat baharu mampu dicungkil selepas ini.

"Sebelum ini, atlet dipilih menerusi persatuan sukan yang mereka wakili atau daripada Sukan Malaysia (Sukma), namun ia masih belum mencukupi kerana masih ramai mereka berbakat di luar sana," kata menteri itu.

"Selepas membuat keputusan bagi melantik Pesuruhjaya Sukan yang baharu tidak lama lagi...saya akan mengadakan pertemuan dengan semua persatuan sukan termasuk persatuan sukan bermasalah," tambah Khairy.



-- BERNAMA

6 comments:

  1. Whats up! I just wish to give a huge thumbs up for the nice data you’ve right here on
    this post. I might be coming back to your blog for more soon.


    Feel free to visit my web site; inspirational quotes images tumblr

    ReplyDelete
  2. Hi there! I simply want to give an enormous thumbs up for the
    nice data you’ve got here on this post. I will be coming again to your
    weblog for extra soon.

    Also visit my website ... dexter showtime schedule season 5

    ReplyDelete
  3. Whats up! I simply want to give a huge thumbs up for the nice data
    you may have right here on this post. I can be coming again to your weblog for more soon.


    My website :: travel tea mug with built in strainer

    ReplyDelete
  4. Whats up! I simply wish to give an enormous thumbs up for the great information you might have
    here on this post. I will likely be coming
    back to your weblog for more soon.

    My blog home improvements basements

    ReplyDelete
  5. Hi there! I just would like to give a huge thumbs up for the great info you will have here on this post.
    I might be coming again to your weblog for extra soon.

    my weblog: hp laptops for sale at costco

    ReplyDelete
  6. Hiya! I simply would like to give a huge thumbs up for the good data you have got right here on
    this post. I shall be coming back to your weblog for extra soon.


    Here is my site: baby stroller for sale

    ReplyDelete