Thursday, May 16, 2013

ASEAN intai jadi tuan rumah Piala Dunia 2034

Kuala Lumpur: ASEAN akan membida menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia 2034, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Abdullah, yang juga anggota jawatankuasa Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), bertitah baginda diminta mempengerusikan sebuah jawatankuasa peringkat Asean untuk tujuan pembidaan kejohanan bola sepak dunia itu.
Menurut baginda, keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan menteri-menteri sukan rantau Asean, dan pihaknya akan mengadakan mesyuarat pertama bersama wakil negara berkenaan pada 19 Jun ini.


Sudah bincang dengan FIFA

“Cadangan dan rangka sudah ada tetapi saya rasa ada bagusnya jika ia (maklumat lanjut) diumumkan selepas mesyuarat kami nanti kerana 2034 masih lagi lama untuk diharungi.

“Saya sudah berbicara dengan Presiden FIFA (Sepp Blatter) mengenai proses bidaan ini dan saya mendapat gambaran ia mungkin akan dibuat lapan tahun sebelum kejohanan dunia itu berlangsung,” titah baginda selepas majlis pelancaran dan perjanjian persefahaman (MoU) kejohanan Piala Asia FAM-FRENZ B-15 2013 di Wisma FAM di sini, semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment