Wednesday, May 15, 2013

Amiruddin CDM negara

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Datuk Wira Amiruddin Embi dipilih sebagai Chef de Mission (CDM) ke Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

Keputusan melantik Amiruddin sebagai CDM diputuskan pada mesyuarat Lembaga MOM ke-21 semalam sekali gus mengesahkan khabar angin sebelum ini selepas namanya dicadangkan Naib Presiden MOM Tan Sri Mohamad Noor Abdul Halim pada awal tahun ini.

Presiden MOM Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang mempengerusikan mesyuarat semalam berkata, pemilihan Amiruddin berdasarkan beberapa kriteria.
“Hanya namanya dicadangkan untuk dilantik sebagai Chef de Mission dan kami sebulat suara memilih Datuk Wira Amiruddin.

“Beliau juga memiliki latar belakang hebat iaitu sebagai bekas anggota keselamatan dan kini bergiat aktif dalam Kesatuan Ragbi Malaysia,” katanya pada sidang media semalam.

Tunku Imran turut menafikan keputusan perlantikan CDM yang dilakukan semalam terlalu lewat.
“Saya tidak rasa ia terlalu lewat sebab kita masih mempunyai baki kira-kira enam bulan sebelum Sukan SEA bermula.” Tunku Imran juga yakin penganjur dapat memperketatkan soal keselamatan berikutan pergolakan krisis perkauman membabitkan etnik Islam Rohingya serta penganut Buddha hingga mencetuskan situasi tegang serta pertumpahan darah.

“Saya yakin penganjur akan bekerja keras memastikan soal keselamatan menjadi keutamaan mereka.”



Oleh Saiful Affendy Sapran, Arena - Harian Metro

1 comment:

  1. Hi there are using Wordpress for your blog platform?
    I'm new to the blog world but I'm trying to get started and set up my
    own. Do you require any coding knowledge to make your
    own blog? Any help would be greatly appreciated!

    Also visit my homepage - Diet pills

    ReplyDelete