Tuesday, April 23, 2013

Pandelela Gagal Raih Pingat 10m Platform Siri Dunia Di Edinburg

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg sekadar berada di kedudukan keenam dalam acara 10m platform wanita pada Kejohanan Terjun Siri Dunia di Edinburg, Scotland pada Ahad.

Olahragawati Kebangsaan 2012 yang berusia 20 tahun itu mengumpul 330.10 mata pada pusingan ketiga kejohanan.

Pingat emas dan perak acara itu masing-masing dimenangi penerjun dari China, Si Yajie (405.60 mata) dan Liu Huxia (374.40), manakala pingat gangsa menjadi milik Alejandra Crozco dari Mexico dengan mengumpul 367.45 mata.

Terdahulu Pandelela Rinong meraih kedudukan teratas peringkat separuh akhir B dengan mengumpul 366.90 mata untuk meraih tempat ke peringkat akhir.

Pada Jumaat lepas, Pandelela Rinong yang bergandingan dengan Leong Mun Yee berjaya meraih pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita pada kejohanan yang sama.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment