Friday, April 19, 2013

Karim tetap cabar KOM

BEKAS Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim bakal mencabar keputusan penggantungannya selama enam tahun oleh badan olahraga negara itu dengan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Karim yang dijatuhi hukuman tersebut oleh jawatankuasa siasatan diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C. George pada Oktober tahun lalu dikatakan telah menghantar saman pemula kepada KOM pada 1 April lalu.

Presiden KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sebaliknya menegaskan bahawa pihaknya telah pun memberi jawapan kepada Karim.
“Karim ada hantar surat tersebut kepada kami tetapi saya tidak boleh beri- tahu mengenai kandungannya kerana ia melibatkan proses mahkamah.

“Namun, apa yang boleh saya beritahu ialah kami telah memberi jawapan kepadanya pada dua atau tiga hari lepas (16 April).

“Sama ada kita mahu lawan atau sele- saikan di luar mahkamah, masih belum ditentukan lagi kerana perkara ini baru masuk dalam proses perbincangan,” jelas Zainal selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis KOM di Bukit Jalil semalam.

Karim sebelum ini dikatakan tidak puas hati dengan keputusan jawatankuasa siasatan tersebut selepas tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap penggantungannya itu.

Bekas ‘orang kuat’ kepada Datuk Seri Shahidan Kassim (bekas Presiden KOM) itu dikatakan mahu mencabar keputusan tersebut yang disifatkan tidak adil kerana tidak diberi peluang membela diri.
Beliau yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM), sebelum ini dianggap sebagai pencetus kepada pelbagai kontroversi yang melibatkan atlet negara di bawah kelolaan badan olahraga negara itu.

Ekoran itu, sekumpulan jurulatih dan atlet olahraga negara telah menyerahkan petisyen setebal 23 muka surat yang bertajuk: Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim pada 13 Februari tahun lalu.

Petisyen yang ditandatangani oleh 42 atlet dan 16 ju- rulatih olahraga negara itu meminta KOM menyingkirkan Karim yang didakwa sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa KOM sebelum ini.

Ia termasuklah isu membabitkan pelari, Mohd. Yunus Lasaleh yang gagal dalam ujian antidoping pada Sukan SEA 2011.


Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@ksomo.com.my

2 comments:

  1. We're a group of volunteers and opening a new scheme in our community. Your site offered us with valuable info to work on. You've done an impressive job and our whole community will
    be grateful to you.

    Look at my web-site; Queerarchive.org

    ReplyDelete
  2. Thanks a lot for sharing this with all folks you actually
    realize what you are talking approximately! Bookmarked.
    Kindly also consult with my web site =). We could have a
    link alternate contract between us

    Here is my homepage - clear pores

    ReplyDelete