KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Ratu terjun negara, Pandelela Rinong
dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik yang
berlangsung di ibu kota London dari 22 Julai hingga 12 Ogos.
Remaja berusia 19 tahun itu merupakan atlet wanita pertama negara yang diberi penghormatan itu.
Perkara itu diumum secara rasmi oleh ketua kontinjen Malaysia ke Olimpik Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selepas membuat tinjauan ke pusat latihan skuad badminton di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini pada Jumaat.
"Majlis penyerahan bendera akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri pada 11 Julai ini," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Ahmad Sarji mengadakan pertemuan dengan atlet berbasikal lebuh raya Mohd Adiq Hussainie Othman dan timbalan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad.

-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment