Wednesday, December 30, 2009

NSC confident of best ever medal haul in 2010 Asian, Commonwealth Games



NATIONAL Sports Council (NSC) director general Datuk Zolkples Embong believes Malaysia will surpass its all-time Asian and Commonwealth Games gold medal records in next year's editions.
Zolkples said Malaysian athletes have improved and should be able to produce a strong showing in both Games next year.

Malaysia's best showing in the Commonwealth Games was achieved in the 1998 Kuala Lumpur edition, when the national contingent won 10 gold, 14 silver and 12 bronze medals.

In the Asian Games, Malaysia's best ever haul of eight gold, 17 silver and 17 bronze medals was achieved in the 2006 Doha Games.

Year in review: End and beginning of controversies

PROFESSIONAL golf and taekwondo have hogged the limelight for the wrong reasons for several years and the governing bodies of these two sports were again leading the way in controversies this year.

The power struggle and feuds between parties in the Malaysian Professional Golfers Association (MPGA) for more than two years had forced Sports Commissioner Datuk Nik Mahmud Nik Yusof to suspend it in August last year.

FAM targets Asean Championship, Asian Games



THE FA of Malaysia (FAM) has set next year’s Asean Championship and Asian Games as the prime targets for the national football team. FAM general secretary Lt Jen (Rtd) Datuk Azzuddin Ahmad said the national team will
be prepared and exposed extensively ahead of both competitions.

“The target for the Asean Championship is the title. The Asian Games is a different level of competition and we will be happy if they can do well in it,” said Azzuddin at the National Sports Convention in Kuala Lumpur yesterd ay.





Pelumba trek negara gegar Tasmania




Azizulhasni sendiri menjuarai acara keirin dan 200m pecut dengan menewaskan jaguh handalan Australia, Shane Perkins.





KUALA LUMPUR - Pelumba basikal trek negara yang diketuai Azizulhasni Awang menguasai pusingan kedua Karnival Berbasikal Tasmania apabila menjuarai tiga acara utama, kelmarin.
Azizulhasni sendiri menjuarai acara keirin dan 200m pecut dengan menewaskan jaguh handalan Australia, Shane Perkins.

'Dua kejutan' BAM terdedah




  • Keputusan sendiri lantik Kim Her



  • EGM pinda perlembagaan

    ADA 'dua kejutan' ciptaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terdedah, semalam.

  • Zulkifli tarik diri skuad memanah


    PENGUNDURAN Zulkifli Tahil daripada skuad elit memanah negara menyebabkan jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung kini ketiadaan pilihan kecuali baki tiga atlit untuk acara recurve di Grand Prix (GP) Asia pertama, Februari depan.

    Roslinda, Noraseela, Hup Wei cemerlang


    KUALA LUMPUR - Sebut tentang olahraga bagi tahun 2010 hanya tiga atlet sahaja yang boleh dibanggakan prestasinya iaitu Roslinda Samsu (lompat galah), Noraseela Khalid (400 meter lari berpagar) dan Lee Hup Wei (lompat tinggi).

    'Masih awal lihat program berada pada landasan tepat'


    SUKAN Komanwel dan Asia pada hujung tahun depan, bakal memberi gambaran sama ada program Road To London untuk Sukan Olimpik 2012 berada pada landasan tepat.

    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata buat masa ini terlalu awal untuk menyatakan sama ada program untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik 2012 berada atas landasan atau menyimpang, di sebalik pencapaian kontinjen negara di Sukan Sea, Laos, yang berakhir 18 Disember lalu.

    Tiada alasan tidak beri komitmen


    KUALA LUMPUR - Tiada lagi alasan untuk atlet memanah negara tidak memberikan komitmen 100 peratus menjalani latihan memandangkan tahun 2010 adalah musim mencari kejuaraan.

    KBS sasar skuad bola sepak layak Olimpik


    DEMAM kejayaan bola sepak pada Sukan Sea XXV di Laos, tampak belum kebah dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini membayangkan kemungkinan meletakkan sukan itu dalam program Road To London 2012, untuk persiapan ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik.

    Bola sepak ada ruang - Shabery


    KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersedia menimbang untuk menyenaraikan bola sepak di bawah program Road To London 2012 berikutan kejayaan skuad bawah 23 tahun negara meraih pingat emas dalam Sukan SEA Laos, baru-baru ini.
    Katanya, selain cuba membantu menerusi pembiayaan Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara, kementerian melihat terdapat ruang untuk memajukan prestasi sukan itu di peringkat lebih tinggi dengan menyenaraikannya bersama memanah, terjun, berbasikal dan badminton dalam program berkenaan.

    Syria uji anak didik Rajagobal malam ini


    SKUAD emas bimbingan K Rajagobal bakal diuji menentang Syria dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini sebagai persediaan sebelum berdepan Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi pusingan kelayakan Piala Asia, 6 Januari ini.


    Tuesday, December 29, 2009

    OCM want sports bodies to help formulate strategic plan

    KUALA LUMPUR: The Olympic Council of Malaysia (OCM) have decided that a strategic plan be formulated to chart their progress over the next five years with specific targets to be met.
    The task has been given to the strategic planning committee, chaired by the deputy president, Datuk Dr M. Jegathesan.
    Unlike the previous two plans, which the OCM formulated on their own, the task force this time have been asked to get the views of national sports associations (NSAs) and their sponsors.

    Only two athletes have qualified for Youth Games


    KUALA LUMPUR: Only two athletes have thus far qualified for the Youth Olympics, which will be held in Singapore from Aug14-26.
    Both of them are from sailing – Mohamed Amirul Shafiq Mohd Jais and Khairunneeta Mohd Afendy. They duo earned places in the inaugural Games from the Youth Asian Games, which were also held in Singapore last July.
    The Olympic Council of Malaysia (OCM) secretary general, Datuk Sieh Kok Chi, said yesterday that they expected to have a contingent of at least 15 athletes.

    Olimpian pula gamit skuad bola




    Sieh Kok Chi





    KUALA LUMPUR - Sekalipun masih tidak setimpal RM720,000 buat pasukan Vietnam yang sekadar meraih pingat perak Sukan SEA Laos, skuad bola sepak bawah 23 negara yang kelmarin dihadiahkan bonus RM30,000 setiap pemain kelmarin, berpeluang menambahnya dalam Anugerah Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM), bulan depan.
    Habuan RM10,000 menanti pemenang kategori lelaki Olimpian MOM pada majlis makan malam penyampaiannya, 16 Januari depan dengan anak didik K. Rajagobal ini bakal dicabar Raja Renang Malaysia di Laos Daniel Bego yang mempertaruhkan koleksi lima emasnya dan empat rekod baru kebangsaan serta Sukan SEA.
    Sebutir emas bola sepak yang ibarat 'ibu emas'

    KL kemuka hasrat anjur Sukan Asia

    KUALA Lumpur sudah mengemukakan surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) menyatakan hajat untuk menjadi tuan rumah temasya serantau itu pada 2019.

    Sambil mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata surat hasrat yang sudah dihantar ke ibu pejabat OCA di Kuwait, November lalu, bakal menyaksikan Kuala Lumpur kemungkinan akan berdepan Dubai untuk hak penganjuran Temasya ke-18 itu.

    Setuju cukai rokok bangun semua sukan


    KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersetuju dengan pandangan pemimpin dan tokoh sokong agar hasil kutipan cukai rokok bukan sahaja digunakan oleh pembangunan sukan bola sepak sahaja tetapi kepada semua sukan-sukan lain.

    Katanya, bukan sukan bola sepak sahaja boleh manfaatkan cukai tersebut, malah sukan-sukan lain seperti badminton dan lain-lain yang sebelum ini pernah mendapat tajaan dari syarikat rokok ketika menganjurkan kejohanan kebangsaan.

    "Selepas penajaan dan iklan dari syarikat rokok tidak dibenarkan dalam beberapa jenis penganjuran sukan di negara ini, sebagai ganti sebahagian dari cukai yang dikenakan boleh digunakan dalam pembangunan sukan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan persidangan Majlis Perundangan Belia Negara di sini, semalam.

    Jelasnya, kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu menimbangkan perkara ini dengan melihat dari pelbagai aspek bagi memperkembangkan lagi kegiatan sihat.

    "Selain dari bola sepak dan sukan-sukan yang lain hasil kutipan cukai itu juga boleh digunakan untuk aktiviti belia seterusnya melahirkan masyarakat yang sihat.

    "Jika tidak ada apa-apa halangan kertas cadangan bagi penggunaan wang ini (kutipan cukai rokok) kepada tabung pembangunan sukan akan di kemukakan kepada kabinet pada 6 Januari akan datang," katanya.

    Ahmad Shabery berkata, perkara tersebut dijangka mampu mencetus satu bentuk perbincangan yang baru.

    "Saya berharap perkara ini dipertimbangkan sebaik mungkin agar ia dapat mencetuskan dimensi baru bagi kegiatan sukan dan belia negara kita," katanya.

    Sabtu lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan akan mencadangkan kepada Kabinet agar sebahagian daripada hasil kutipan cukai rokok disalurkan untuk pembangunan bola sepak.

    Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, hasil kutipan cukai tersebut akan dijadikan dana untuk mengisi Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara.

    Beliau berkata, sebelum ini, bola sepak menerima banyak penajaan daripada syarikat rokok namun, kini syarikat berkenaan tidak lagi berbuat demikian selepas pengharaman iklan rokok.

    Kelmarin, cadangan KBS itu mendapat reaksi yang positif dari beberapa orang pemimpin dan tokoh sukan ketika dihubungi Utusan Malaysia dan turut meminta kerajaan agar menggunakan wang berkenaan dengan cara yang berhemah. UM

    PSM tidak wajar perbesarkan isu pemotongan geran: MOM

    Oleh Lukman Salleh

    PEMOTONGAN geran seharusnya tidak dijadikan isu oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebaliknya adalah lebih bijak berfikiran rasional dengan mengkaji secara mendalam sebab kekalahan skuad di Laos untuk tampil lebih cemerlang di Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

    Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata adalah lebih baik PSM dan juga Majlis Sukan Negara (MSN) bertenang dan mendahulukan kepentingan sepak takraw kerana kurang setahun saja lagi skuad negara akan berdepan cabaran lebih sengit di Guangzhou.

    “Tidak ada guna untuk berbalah... ia tidak akan membawa keuntungan,” kata Kok Chi. “Adalah lebih baik bagi PSM menggerakkan semula jentera mereka, mengkaji di mana silapnya perencanaan di Laos dan kemudian bangkit lebih hebat dan bersemangat di Sukan Asia.


    PSM tidak mempunyai banyak masalah lebih, biar kita fokus kepada isu sebenarnya iaitu kegagalan skuad di Laos dan cari jalan untuk memperbaiki keadaan.

    “Malah saya yakin bahawa PSM boleh mencontohi skuad bola sepak, yang sering diperlekeh dan dikritik termasuk di Sukan Sea tetapi bangkit membuktikan sebaliknya dengan kejayaan gemilang di Vientiane.

    “PSM boleh mencontohi. Justeru, tumpukan sepenuh perhatian untuk bangkit dan menafikan segala kritikan di Guangzhou nanti,” katanya.

    Malah, Kok Chi turut mencadangkan supaya PSM melihat kepada kemungkinan untuk menumpukan kepada hanya satu acara sama ada berpasukan atau pun regu di Guangzhou nanti.

    “Mungkin kita boleh mencuri salah satu pingat emas di Guangzhou sama ada dalam berpasukan atau pun regu bergantung di mana kekuatan skuad,” kata Kok Chi. “Jika kita berkeyakinan dalam regu, kita perlu memfokuskan untuk gandingan yang kuat... mungkin peluang kita meraih emas lebih cerah.”

    Perlis bawa pulang trofi juara


    BARISAN pemain Perlis meraikan kejayaan muncul juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.


    PERLIS menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah mene- waskan Kedah 2-0 pada final di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

    Kejayaan anak-anak buah Khamal Idris Ali itu menjadikan ia kejuaraan ketiga buat Perlis yang pernah meme- nanginya pada edisi 1967 dan 1993.

    Selaku juara, Perlis membawa pulang wang tunai RM30,000 serta piala pusingan manakala Kedah meraih RM15,000.

    Kemenangan itu juga membolehkan Perlis membalas dendam ke atas Kedah selepas tewas 0-1 pada final Piala Emas Raja-Raja 1996.

    Pada aksi semalam, gol kemenangan Perlis dihasilkan menerusi Romdhizat Jamian seawal minit keempat dan Adrien Jurad Chamrong (minit ke-18) yang turut diisytiharkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

    Kedah yang ghairah menyerang sebaik permainan bermula dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi Romdhi- zat.

    Gol tersebut berpunca hasil sepakan sudut Mohd. Ikmal Faiz Azmi yang gagal ditolak keluar barisan pertahanan Kedah, sekali gus memberi peluang Romdhizat merembat kencang menewaskan penjaga gol, Mohd. Khairul Azuan.


    ADRIEN JURAD (kiri) bersaing dengan penyerang Kedah, Mohd. Faizal Abu Bakar pada final Puncak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darul Aman semalam.


    Skuad Hijau Kuning yang cuba bangkit dikejutkan sekali lagi dengan gol kedua pelawat pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma Adrien Jurad dari jarak 25 meter.

    Skuad Kedah yang semakin terdesak membuat beberapa pertukaran termasuk membawa masuk penyerang Tan Yang Wei pada babak kedua.

    Namun, percaturan pengendali Kedah, Mohamad Ramlee gagal memecah benteng Perlis yang diterajui Adrien Jurad dan penjaga gawang, Mohd. Izwan Ahmad.

    Aksi final semalam turut dicemari dengan layangan tiga kad merah oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nazer Mohd. Said.

    Pemain yang menerima kad merah ialah dua pemain Perlis, Rom- dhizat dan Ezzrul Ikmanizar Abd. Rahman serta kapten Kedah, Mohd. Fazliata Taib.

    Insiden 'panas' bermula pada minit ke-84 apabila berlaku tolak menolak antara pemain kedua-dua pasukan di kawasan gol Perlis.

    Keadaan itu turut menyebabkan puluhan penyokong tuan rumah cuba masuk padang, namun dapat dikawal oleh pihak polis.

    Aksi yang terhenti 10 minit itu kemudian disambung semula tanpa sebarang insiden tidak diingini.

    Kebangkitan basikal trek


    Azizulhasni Awang mewarnai pentas dunia dalam acara berbasikal


    KUALA LUMPUR –Tahun 2009 membawa banyak kisah manis buat sukan berbasikal negara terutama kebangkitan acara trek di peringkat dunia.

    Selepas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China mendedahkan potensi besar yang dimiliki pelumba kita, kebangkitan Malaysia dalam sukan ini ternyata tidak mampu dihalang lagi sebaik melangkah ke tahun berikutnya.

    Nama Azizulhasni Awang melonjak dalam sekelip mata menjadi pelumba pecut yang digeruni walaupun masih cetek dari segi pengalaman.

    Kekalahannya kepada juara Olimpik, Chris Hoy di suku akhir temasya 2008 itu membuka mata pemerhati basikal dan media antarabangsa yang pantas menggelarkannya ‘The Pocketrocket Man’.

    Bertubuh kecil tetapi memiliki kekuatan dan kepantasan setanding pelumba bertaraf dunia lain menyebabkan Azizulhasni tidak perlu menunggu lama untuk menyinar.

    Pada kejohanan trek dunia di Pruszkow, Poland pada Mac 2009, pelumba berasal dari Dungun, Terengganu ini mengejutkan banyak pihak apabila hampir muncul juara dunia.

    Cuma dek kerana kurang pengalaman menyaksikan Azizulhasni tewas kepada pelumba Perancis, Gregory Bauge pada perlumbaan akhir acara 200m pecut.

    Tidak cukup menggegar dengan itu, muncul seorang lagi pelumba yang tidak kurang hebatnya di kejohanan sama.

    Mohd. Rizal Tisin menambah ceria maruah negara dengan meraih gangsa dalam acara 1km ujian masa individu.

    Detik itu mengubah sama sekali persepsi dunia tentang Malaysia yang mula berjaya melahirkan pelumba hebat seperti Azizulhasni dan Rizal.

    Apatah lagi Asia yang makin mengiktiraf negara kita sebagai antara kuasa basikal baru di benua ini selain China, Jepun dan Korea Selatan.

    Maka dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Tenggarong, Kalimantan pada Ogos, Azizulhasni tidak menghadapi masalah untuk muncul pelumba pecut No. 1 Asia walaupun baru sahaja selesai menduduki peperiksaan di Universiti Deakin.

    Bersama Rizal dan Muhammad Edrus Yunos, Azizulhasni turut menyumbang emas dalam acara pecut berpasukan.

    Rentetan kejayaan demi kejayaan ini walaupun tidak sebesar Olimpik, pastinya menjadi permulaan baik buat sukan berbasikal negara untuk melangkah ke tahun 2010.

    Berbekalkan beberapa pelumba berbakat besar yang kini menjalani latihan pusat di Melbourne, Australia di bawah jurulatih John Beasley, segala tidak mustahil buat Malaysia untuk terus menggegar persada basikal dunia.

    Namun malang bagi pelumba lebuh raya negara yang gagal mengikut jejak pelumba trek apabila masih berada di bawah prestasi di takuk lama.

    Pencapaian di Le Tour de Langkawi (LTdL), ACC di Kalimantan mahu pun Sukan SEA Laos ternyata cukup mengecewakan. UM

    Shakirin berdebar menghitung hari


    Shakirin


    WALAUPUN bakal melangsungkan pernikahan Jumaat ini, jaguh negara, Mohd. Shakirin Ibrahim tetap fokus bagi menghadapi Kejohanan Ping Pong Kebangsaan yang bermula semalam.

    Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu, Shakirin yang membawa caba- ran Kuala Lumpur akan bergandi- ngan bersama Beh Lee Wei dalam acara beregu campuran.

    "Sekarang ini debaran saya bukan sahaja pada permainan tetapi berdebar mengira hari untuk bergelar raja sehari.

    "Tujuan saya menyertai kejoha- nan ini juga untuk memberi sema- ngat dan perangsang kepada atlet kontinjen Kuala Lumpur yang lain," kata Shakirin yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA XXV di Laos baru-baru ini.

    Shakirin berkata, dia akan cuba fokus sepenuhnya dan memberi aksi terbaik pada kejohanan ini.

    "Kalau kejohanan ini dicepatkan sedikit, sudah pasti saya akan bermain dalam acara perseorangan.

    "Namun bagi saya, bermain solo atau berpasangan tetap sama kerana matlamat saya adalah untuk menang," kata Shakirin yang akan bernikah dengan pasangannya, Nurhidayah Sukaiman, 24, di Meru, Klang.

    Terdahulu, Kejohanan Ping Pong Kebangsaan itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md. Jais Sarday di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru malam kelmarin.

    Sebanyak 17 kontinjen dari selu- ruh negara termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai kejohanan tersebut.

    Sementara itu, Md. Jais berkata, kejohanan ini dapat dijadi- kan pemangkin kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam sukan ping pong.

    "Kejohanan yang disertai pelba- gai kaum itu diharapkan dapat melahirkan bakat-bakat baru bagi mengharumkan nama negara.

    "Kejohanan ini begitu sinonim dengan perancangan dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Johor khususnya Wilayah Iskandar Malaysia sebagai hab sukan di selatan Semenanjung," katanya. KOSMO

    Pemilihan BAM tak begitu dirasai


    Oleh Norbakti Alias

    Taktik lama seperti sebelum kepimpinan Nadzmi nampaknya akan berulang

    KEHANGATAN pemilihan jawatankuasa baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk sesi 2009-2012 tidak begitu dirasai atau lebih tepat, tidak ramai yang mengetahui biarpun ia akan dilangsungkan pagi esok.

    Namun, dalam ketenangan yang cuba digambarkan, usaha melobi dan berkempen sebenarnya agak rancak dengan seorang pegawai kanan kini bertindak menjadi ‘power broker’ mengatur posisi orang pilihannya dalam memastikan kedudukan dirinya selamat.


    Taktik lama seperti sebelum kepimpinan Datuk Nadzmi Salleh sejak 2000 nampaknya akan berulang dengan pegawai yang dimaksudkan cuba mengaitkan nama VVIP tertentu yang didakwa menyokong calon tertentu bagi menakut-nakutkan anggota gabungan.

    Jawatan Nadzmi masih selamat dan dijangka menang tanpa bertanding tapi penulis cukup simpati dengan dua calon awal yang disebut-sebut untuk kerusi timbalan presiden, Datuk Al-Amin Majid dan Tengku Kamil Tengku Idris Shah, masing-masing Presiden Persatuan Badminton Perak dan Pahang.

    Apa tidaknya, kedua-duanya mungkin tidak sedar bagaimana mereka ‘dipermainkan’ di depan mata, kononnya turut disokong pegawai itu yang jelas hanya bersifat talam dua muka sahaja.

    Di hadapan Tengku Kamil, pegawai itu menyatakan dia menerima sokongan VVIP manakala di depan Al-Amin, alasan memerlukan timbalan presiden ‘yang kuat dan berkuasa’ menjadi taruhan taktiknya.

    Penulis difahamkan pegawai ini hampir setiap hari menghubungi Tengku Kamil manakala dia turut bertemu Al-Amin, Khamis lalu untuk mendapatkan surat persetujuan pencalonan kerana Al-Amin akan berada di luar negara sewaktu mesyuarat agung itu.

    Bagi penulis, Tengku Kamil dan Al-Amin tidak wajar ‘dipermainkan’ begitu oleh pegawai itu. Tidak salah kedua-duanya bertanding dan membiarkan proses demokrasi mengambil tempatnya dengan anggota gabungan menentukan pilihan mereka.

    Malah, tindakan pegawai berkenaan turut mengelirukan anggota gabungan yang mungkin tidak disedarinya juga bertukar-tukar maklumat sesama mereka, sekali gus mendedahkan sikap sebenar orang itu.

    Sebenarnya, rungutan terhadap pegawai itu sudah lama didengar apabila banyak perkara yang mahu disampaikan kepada Nadzmi tidak sampai kerana disekat. Malah, ketika ini ia lebih menjadi-jadi dengan alasan Presiden BAM itu kurang sihat akibat masalah kesihatan yang dialaminya ketika di India, baru-baru ini.

    Bagi penulis, penyakit lama yang pernah melanda BAM, kini sudah menunjukkan tanda-tanda akan kembali semula selepas sembilan tahun nampak tenang.

    Kini, terserah kepada Nadzmi untuk menentukan sama ada penyakit ini dapat dicegah sebelum merebak atau terus membiarkan menjadi lebih buruk. Apa pun perlu diingatkan jawatankuasa bagi sesi empat tahun akan datang ini penting khususnya dalam usaha mempersiapkan diri untuk merealisasikan impian pingat emas Sukan Olimpik London 2012 akan menjadi kenyataan.

    BAM perlu memiliki mereka yang benar-benar komited untuk semua itu, kerana ini adalah misi nasional yang memerlukan perhatian yang serius, bukan tempatnya bagi mereka yang sekadar suka-suka.

    Atas alasan itu juga, penulis berasa sudah masanya Nadzmi memikirkan secara serius calon baru untuk mengisi jawatan Setiausaha Kehormat BAM yang kini disandang Ganga Rao.

    Bekas Pengurus Besar BAM ini kini sibuk sebagai anggota Lembaga Pengarah Yayasan Badminton Persekutuan Badminton Dunia (BWF) serta menerajui jawatankuasa pembangunan Konfederasi Asia (BAC) yang memerlukannya banyak bergerak dari satu negara ke satu negara yang lain.

    Selain ini, sebagai seorang yang memegang taraf pemastautin tetap Australia, Ganga juga perlu bersama keluarganya yang sudah berpindah ke Melbourne - sekali gus membataskan masanya di Malaysia.

    Sebagai pilihan, Nadzmi boleh memilih calon lain yang dirasakan lebih berkemampuan atau paling mudah memilih Pengurus Besar BAM ketika ini, Kenny Goh untuk menjawat dua tugas itu serentak. Setidak-tidaknya ia memberi peluang kepada Kenny membuktikan kemampuannya yang selama ini terbatas kerana dibayangi Ganga.

    Pegawai boleh datang dan pergi, namun BAM tetap akan kekal. Jadi, penulis berharap Nadzmi akan memberi suntikan baru kepada badminton negara agar mampu menjadi sukan pertama menyumbang emas buat Malaysia di Sukan Olimpik nanti.BH

    Azizulhasni, Fatehah ungguli Olahragawan Olahragawati Terengganu


    SELAMIAH Yong (kanan) mewakili Azizulhasni Awang manakala Mustafa Kassim bagi pihak Fatehah Mustafa yang masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu, semalam. Azizulhasni dan Fatehah kini berada di Melbourne, Australia meneruskan latihan dan pengajian.


    KUALA TERENGGANU - Atlet lumba basikal, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu, semalam.

    Mohd. Harrif Salleh yang juga salah seorang daripada atlet lumba basikal diumumkan sebagai Olahragawan Harapan manakala atlet menembak, Athirah Hamzah pula dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan.

    Azizulhasni dan Fatehah yang masing-masing mencatat pelbagai kecemerlangan sepanjang 2007/2008 termasuk Sukan Malaysia (Sukma) 2008 menerima piala pusingan, piala iringan, RM7,000 dan sijil penghargaan.

    Mohd. Harrif dan Athirah pula masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan, RM2,500 dan sijil penghargaan.

    Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

    Pasukan Ragbi Sukma XII 2008 Terengganu pula menerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik manakala Pasukan Menembak Rifle Wanita Sukma XII 2008 Terengganu pula diumumkan sebagai Pasukan Terbaik Wanita.

    Jurulatih pasukan lumba basikal, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan dianugerahkan sebagai Jurulatih Terbaik manakala Pasukan Formula Future Terengganu diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas dan Anugerah Pengurusan Terbaik SUkan dianugerahkan kepada Persatuan Pencak Silat Terengganu.

    Anugerah Tokoh Sukan dianugerahkan kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad kerana penglibatannya dalam memajukan pencak silat di negeri ini.

    Dalam pada itu, Ahmad berkata, penganugerahan tersebut diharap dapat memberi rangsangan kepada para atlet dan penggiat sukan dalam memartabatkan sukan di negeri ini.

    ''Kerajaan negeri amat berbangga dan mengambil berat di atas segala pengorbanan atlet dan jurulatih persatuan sukan yang berusaha memerah keringat dan tenaga dalam mengharumkan nama negeri dan negara," ujarnya. UM

    Azizulhasni, Fatihah atlit terbaik Terengganu '09

    Oleh Hamid Salleh


    MUSTAFA mewakili Fatihah dan Selamiah mewakili Azizulhasni menerima anugerah, malam tadi.

    Dipilih kerana pencapaian cemerlang dalam dan luar negara

    JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dan Fatihah Mustaffa dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2007-2008 sempena Anugerah Sukan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

    Kedua-dua pelumba itu yang kini mengikuti latihan di Australia dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang mereka meraih emas pada Sukan Malaysia ke-XII (Sukma ke-XII) dan pencapaian di luar negara, sekali gus menerima hadiah RM7,000 seorang serta piala dan sijil.


    Hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kepada ibu Azizulhasni, Selamiah Yong, manakala Fatihah diwakili ayahnya, Mustapa Kassim berikutan kedua-dua mereka tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen latihan di Australia.

    Anugerah tahunan tajaan kerajaan negeri itu dianjurkan sebagai pengiktirafan dan perangsang kepada atlit serta penggiat sukan di negeri ini, termasuk atlit yang mempamer aksi cemerlang pada Sukma ke-XII, tahun lalu.

    Sementara itu, jaguh sukan berbasikal negeri, Mohd Harris Salleh dan Athirah Hamzah (menembak) masing-masing dipilih Olahragawan dan Olahragawati Harapan dan membawa pulang hadiah RM2,500.

    Bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dinobatkan sebagai Tokoh Sukan Terengganu sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau terhadap pembangunan bidang sukan di negeri ini, manakala Allahyarham Kamaruddin Maidin (bekas jaguh lompat kijang) dan Yahya Jusoh (bekas pemain bola sepak) masing-masing dipilih penerima Anugerah Jasamu di Kenang.

    Kategori Jurulatih Terbaik dimenangi Syed Mohd Husaini Syed Mazlan (basikal) dan Persatuan Silat Negeri Terengganu dipilih persatuan terbaik.

    Wartawan sukan Berita Harian Kuala Terengganu, Hamid Salleh muncul penerima sulung Anugerah Tokoh Kewartawan Sukan dan menerima RM500, piala serta sijil. BH

    Jangan bandingkan dengan Vietnam


    PASUKAN bola sepak bawah 23 negara yang berjaya menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA di Laos. Malaysia menewaskan Vietnam 1-0.


    KUALA LUMPUR – Jangan bandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain Malaysia dan Vietnam.

    Itu kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai perbezaan jumlah ganjaran yang diterima oleh para pemain skuad bola sepak Bawah 23 tahun kebangsaan dan lawan yang mereka tundukkan pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV, Vietnam.

    Para pemain skuad kebangsaan menerima RM30,000 setiap seorang di atas kejayaan membawa pulang pingat emas Sukan SEA XXV.

    Sedangkan pemain Vietnam, yang kalah 0-1 kepada Malaysia pada perlawanan akhir, menerima imbuhan jauh lebih besar iaitu AS$210,000 atau bersamaan RM720,000 keseluruhan, walaupun sekadar muncul naib juara.

    Menurut Azuddin, adalah tidak adil bagi sesiapa yang membandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam.

    ‘‘Apakah matlamat membanding-bandingkan imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam?

    ‘‘Bagi saya biarlah mereka (Vietnam) dengan cara mereka dan kita dengan cara kita.

    ‘‘Kita memberi imbuhan mengikut kemampuan kita. Jumlah yang kita beri adalah jumlah yang kita mampu.

    ‘‘Saya percayai para pemain kita berpuas hati dengan imbuhan yang mereka terima. Saya percaya mereka tidak menilai kejayaan mereka dari sudut wang ringgit,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Setiap pemain skuad bola sepak negara yang menamatkan kemarau juara selama 20 tahun dalam acara bola sepak Sukan SEA menerima bonus keseluruhan hampir RM30,000 sebagai ganjaran kejayaan itu.

    Namun, imbuhan tersebut diselubungi isu apabila ada pihak yang membandingkan jumlah lebih besar yang diterima oleh pemain Vietnam.

    Menurut Azzuddin, adalah sukar jika setiap kejayaan pelru diukur dengan jumlah imbuhan yang diberikan.

    ‘‘Kita harus faham bahawa adalah sukar untuk mengukur sesuatu kejayaan jika ia hanya berdasarkan jumlah wang imbuhan yang diberikan.

    ‘‘Apa yang lebih penting, pandang lah imbuhan ini sebagai satu pengiktirafan kepada pemain pemain, ini lebih mustahak dan lebih bernilai. Tidak perlu ada perbandingan.

    ‘‘Jumlah ini yang mampu kita berikan sebagai pengiktiraf terhadap pengorbanan pemain yang berjuang bersungguh-sungguh demi membawa kejayaan yang kita nanti-nantikan selama 20 tahun,’’ katanya. UM

    'Bonus bakar semangat pemain'


    IMBAS KEMBALI... Skuad bola sepak negara meraikan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA XXV di Laos baru-baru ini.


    PENGUMUMAN bonus berjumlah hampir RM30,000 seorang di atas kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA XXV di Laos telah membakar semangat barisan pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

    Bagi kapten skuad B-23 negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, pemberian bonus itu membuatkan mereka berasa dihargai selepas gigih beraksi sepanjang dua minggu untuk muncul pemenang acara bola sepak pada temasya dwitahunan itu.

    "Alhamdulillah... kami bersyukur dengan insentif yang diberikan ini dan cukup menghargainya. Sebenarnya terpulang kepada FAM nak beri berapa, kami terima seadanya.

    "Bagi kami, sebelum turun beraksi dalam setiap perlawanan di Laos tempoh hari, kami tak fikir langsung soal ganjaran. Hanya apa yang kami utamakan, untuk bawa balik pingat emas," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

    Sepanjang enam perlawanan di Laos itu, benteng skuad negara yang diterajui Aidil, 22, bersama- sama Muslim Ahmad, Nasriq Baharom dan Sabre Mat Abu agak kebal apabila hanya dibolosi lima kali, tiga daripadanya ketika tewas 1-3 kepada Vietnam pada aksi peringkat kumpulan.

    Sementara itu, bagi pencetus gol kemenangan skuad negara ketika menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir, Safiq Rahim, ganjaran merupakan perkara kedua yang difikirkannya sepanjang menyarung jersi skuad negara.

    "Saya rasa okey saja diberikan wang ganjaran ini. Ia membuatkan kami berasa dihargai.

    "Jumlah tak penting, kami terima saja. Lagipun memenangi pingat emas lebih memberikan kepuasan," kata Safiq.

    Penyerang muda dari Terengganu, Abdul Manaf Mamat yang mengisi kekosongan ketika ketiadaan Zaquan Adha Abdul Radzak dalam beberapa perlawanan di Laos berasa bersyukur dengan bonus yang diberikan FAM itu.

    "Tiada apa sangat nak dikata. Saya bersyukur sahaja dengan apa yang diberikan ini.

    "Tetapi secara jujur saya katakan, kami lebih memikirkan untuk muncul juara, itu yang kami idamkan kerana kita sudah 20 tahun kemarau pingat emas," ujar Manaf.

    Penjaga gol skuad negara, Fari- zal Marlias pula menganggap bonus tersebut sebagai rezeki menjelang tahun baru 2010.

    "Saya lihat semua pemain pada latihan hari ini (semalam) begitu gembira dan ceria.

    "Mungkin ini rezeki tahun baru dan harap ia dapat meningkatkan semangat para pemain menjelang aksi bertemu UAE minggu depan," jelas Farizal.

    Aidil mahu rakan cipta gemilang baru


    Oleh Norsyarafina Nasrom

    SEMALAM, pemain skuad bola sepak negara menguntum senyuman lebar selepas menerima bonus RM30,000 setiap seorang di atas keringat memenangi pingat emas Sukan Sea di Laos, baru-baru ini.

    Tetapi reaksi itu pantas berubah nada ketika melafazkan tekad mahu membuktikan lagi nilai mereka itu apabila bertembung Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Asia pada 6 Januari ini.

    Laungan semangat dilontarkan oleh ketua pasukan, Aidil Zafuan Abdul Razak yang turut mengharapkan kesinambungan kecemerlangan mereka tidak hanya terhenti setakat kejayaan di Sukan Sea sahaja, malahan mencipta gemilang baru.


    “Untuk mengembalikan semula maruah bola sepak negara yang malap sebelum ini, adalah tidak wajar untuk kita membezakan dengan jumlah insentif yang diterima oleh pasukan lain, khususnya Vietnam yang menerima hampir RM720,090 walaupun sekadar meraih pingat perak.”

    “Sememangnya mereka antara pasukan terkuat di Asia Tenggara. Dari segi tumpuan penaja mereka memiliki kelebihan berbanding dengan pasukan negara kita.”

    Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah mengumumkan pemberian habuan itu kepada pemain dan pegawai pasukan menerusi sistem pesanan ringkas (sms) dari London sebagai menghargai jasa mereka meningkatkan martabat bola sepak negara yang merudum selama ini.

    Sementara itu, rakan sepasukannya, Azmi Muslim pula menyuarakan betapa tumpuan mereka tidak sesekali tersasar menerusi pemberian insentif tersebut malahan menaikkan lagi semangat juang dalam menyahut cabaran di tahun baru nanti.

    “Banyak atau sedikit bukan menjadi persoalannya. Apa yang penting saya tidak akan sesekali lupa diri dan terus fokus dengan perlawanan yang mendatang,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang ini.

    Tidak ketinggalan menerima habuan yang sama ialah jurulatih kebangsaan, K Rajagobal yang turut mengharapkan anak buahnya tidak hilang tumpuan dan terlalu mengharapkan pemberian insentif dalam misi seterusnya skuad kebangsaan selepas ini.

    “Sebagai jurulatih apa saja ganjaran yang diberi saya terima dengan ikhlas namun paling penting tidak menjejaskan tumpuan pemain yang akan bertemu UAE, bulan depan.”

    “Masih banyak lagi tugas yang menanti apatah lagi tiada sebarang tiket istimewa yang diberi untuk mereka beraksi dalam Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF pada November dan Disember tahun depan. Segalanya perlu dibuktikan menerusi liga domestik yang akan membuka tirai 9 Januari ini.”

    Monday, December 28, 2009

    MOM Wants Convention To Discuss SEA Games Events

    KUALA LUMPUR, Dec 25 (Bernama) -- The Olympic Council of Malaysia (MOM)wants the SEA Games Federation (SGF) to hold a convention soon to discuss sport events to be contested at SEA Games.

    Its honorary secretary, Datuk Sieh Kok Chi, said this was necessary following the tendency of the host country of the biennial sports meet to introduce new events to ensure their domination and be the overall winner at the games.

    "The last time the SGF convention was held to discuss the matter was 20 years ago in Bangkok, Thailand.

    "After that, the host country is free to enter the events to be contested, resulting in many new events entered for the sports meet," he told Bernama here on Friday.

    For example, in 2003, host Vietnam introduced fin swimming, muay thai, shuttlecock jiggling and the traditional boat race.

    The events were also contested in Manila, the Philippines in 2005, Korat in Thailand (2007) and in Vientiane, Laos, recently.

    Meanwhile, Indonesia, which is offering 37 events for the 2011 edition, will also include three new sports - wall climbing, roller-blade and kempo (an art of self-defence which originates from Japan and involves the use of bamboo swords).

    Sieh said MOM would suggest to SGF for SEA Games host country to only offer the 20 mandatory sports which were also contested at the Olympics and Asia games and 10 other events.

    "Sports which are contested at the Olympics should be offered at all SEA Games meet, while other events, like traditional sports, be held on rotation basis, like every four years," he added.

    -- BERNAMA

    PSM dinasihat bertenang


    SELAIN tewas kepada Thailand, skuad sepak takraw negara turut kecundang kepada pasukan kerdil, Laos.


    PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) diminta supaya tidak cepat melenting sebaliknya perlu duduk berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai cara terbaik untuk meningkatkan prestasi skuad negara dan sukan itu.

    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kekecewaan yang diluahkan beliau dan MSN terhadap kekalahan mengaibkan kepada Laos dan Vietnam pada Sukan SEA baru-baru ini adalah mewakili perasaan dan suara rakyat.

    Katanya, oleh itu PSM tidak perlu risau dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap persatuan itu sebaliknya perlu bangkit dan maju ke depan dengan membentang program dan perancangan untuk memajukan persatuan itu.

    "Buktikan mereka mampu penuhi (sasaran pencapaian), apa nak risau kalau mereka yakin dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan (kelemahan), pertahankanlah," katanya selepas merasmikan Kem Little Champs peringkat Parlimen Kemaman di Kompleks Rakan Muda Kemaman malam kelmarin.

    Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai peruntukan sama ada akan dikurangkan atau tidak akan dibuat kemudian nanti, dan ia bukan bergantung kepada MSN semata-mata.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas 'perang mulut' antara PSM dan MSN melalui media berhubung isu kemungkinan peruntukan untuk skuad sepak takraw dikurangkan dan digantikan dengan geran tahunan sahaja.

    Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong di media baru-baru ini ekoran prestasi hambar skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA yang sekadar mampu meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan dan regu.

    Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahya dan Ketua Serantanya, Tengku Adnan Tengku Burhanudin sehingga mencabar MSN membubarkan sahaja skuad negara.

    PSM sebelum ini dilaporkan menjanjikan pingat emas pada Sukan SEA Laos yang berakhir minggu lepas.

    Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, soal penambahan atau pengurangan peruntukan kepada persatuan sukan bergantung kepada tiga kriteria utama iaitu cara pengurusan, program pembangunan sukan, dan prestasi persatuan itu sendiri.

    "Itu adalah Standard Operating Procedure (SOP) dalam menentukan penambahan atau pengurangan peruntukan terhadap mana-mana persatuan sukan tidak hanya terhadap PSM.

    "Sasaran masih ada, Sukan SEA 2011 nanti diadakan di Indonesia, mereka (PSM) masih ada 18 bulan untuk buat persiapan. Dalam masa yang sama kita juga nak tengok program yang hendak mereka lakukan," katanya. KOSMO

    Rizal membara


    RIZAL (tengah) bertekad untuk kembali bangkit bagi menggalas nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


    SEKALIPUN mengalami patah buku lali kaki kiri akibat kemalangan jalan raya kira-kira dua bulan lepas, jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Rizal Tisin bertekad untuk kembali bangkit bagi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

    "Kemalangan itu tidak melemahkan sedikit pun semangat saya untuk terus berjuang malah sejak awal bulan ini saya menjalani latihan ringan di Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya semalam.

    Rizal telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat gangsa dalam acara kegemarannya iaitu 1 kilometer ujian masa pada Kejohanan Dunia di Poland, Mac lepas.

    Kejayaan itu turut menyaksikan pelumba kelahiran Klang, Selangor berusia 24 tahun itu mencatat rekod Asia dengan catatan masa 1 minit 01.658 saat.

    Rizal dijadualkan untuk kembali berlatih di Melbourne, Australia bersama-sama pelumba basikal trek yang lain pada penghujung Januari depan di bawah bimbingan ketua jurulatih, John Beasley.

    "Saya telah berbincang dengan John mengenai perkara ini, dan beliau menasihatkan saya untuk kembali berlatih bersamanya bagi meningkatkan prestasi," katanya.

    Mengenai peluangnya untuk layak ke Kejohanan Dunia di Denmark pada Mac tahun depan, Rizal berkata, ia masih samar kerana dia tidak dapat menyertai tiga siri Piala Dunia Klasik (kejohanan untuk mengumpul mata) sebelum ini.

    "Selain itu, saya juga bakal terlepas pada siri terakhir (keempat) Piala Dunia Klasik di Beijing, China yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Januari tahun depan" katanya.

    Selain Mohd. Azizulhasni Awang, Rizal merupakan antara pelumba basikal trek berbakat yang berjaya dilahirkan oleh MSN dan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) setelah menjalani latihan di Australia.

    Malah nama Rizal merupakan salah seorang daripada 19 atlet yang tersenarai di dalam program Road To London 2012 yang bertujuan bagi mencari pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik. KOSMO

    Zatil takluk Mega Lanes


    ZATIL (tengah), Shalin (kiri) dan Vander Tol memegang trofi masing-masing pada Kejohanan Boling Pesta Pulau Pinang Antarabangsa di Mega Lanes, Prai, Pulau Pinang semalam.


    PEMAIN wanita negara, Zatil Iman Abdul Ghani muncul juara kategori Terbuka Wanita pada Kejohanan Boling Pesta Pulau Pinang Antarabangsa di Mega Lanes, Prai, Pulau Pinang semalam.

    Kejayaan Zatil itu dianggap cukup bermakna kerana dia berjaya mengetepikan cabaran pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli yang menduduki tangga kedua.

    Tempat ketiga pula menjadi milik pemain Belanda, Ghislaine Vander Tol.

    Keseluruhannya, Zatil menamatkan saingan dengan melakukan 4,801 jatuhan pin manakala Shalin (4,701) dan Vander Tol (4,635).

    Bagi Zatil, gelaran juara dilihat bakal menjadi miliknya apabila dia berjaya melakukan balingan sempurna pada permainan ketujuh, Jumaat lalu.

    "Balingan sempurna itu membolehkan saya memintas pemain lain dan saya cuba mengekalkan rentak permainan saya hingga tamat saingan.

    "Pada mulanya, saya tidak menjangkakan mampu muncul juara apabila Shalin dan dia lagi pemain (Ghislaine dan Tannya Roumimper dari Indonesia) berada di hadapan saya pada hari pertama.

    "Selain itu, mereka juga pemain yang cukup berpengalaman berbanding saya," kata Zatil yang meraih pingat gangsa pada Kejohanan Remaja Dunia di Orlando, Amerika Syarikat.

    Sementara itu, Shalin berkata, walaupun gagal bergelar juara, dia tetap gembira dengan prestasinya sepanjang kejohanan tersebut.

    "Saya beraksi tanpa sebarang tekanan dan saya berjaya menampilkan aksi yang baik sehingga penghujung saingan," kata Shalin.

    Bagi kategori lelaki, pemain negara, Alex Liew dan Muhd. Nur Aiman masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

    Juara bagi kategori tersebut dimenangi pemain handalan Korea Selatan, Choi Bok Eum yang melakukan 5,445 jatuhan pin. Alex pula merekodkan 5,129 jatuhan pin sementara Nur Aiman (5,102). KOSMO

    'Bukan duit saya tapi duit rakyat'


    SKUAD sepak takraw negara sekadar meraih pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan SEA XXV di Laos.


    KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) menegaskan, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu sedar bahawa peruntukan yang disalurkan oleh agensi terbabit merupakan duit rakyat.

    "Ia bukan duit saya tapi duit rakyat, jadi MSN mesti membelanjakannya ikut keperluan," katanya ketika ditanya mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak di dalam PSM mengenai kemungkinan peruntukan untuk persatuan itu dikurangkan pada tahun depan.

    Zolkples berkata, beliau hanya melakukan apa yang perlu dan bukannya melepas geram melalui media massa.

    "Malah program yang telah dipersetujui bersama MSN telah mereka ubah walaupun mesyuarat itu dipengerusikan oleh saya termasuk pergi Pulau Pinang (perlawanan persahabatan dengan kelab Thailand) dan Australia (bercuti).

    "Kita tidak bersetuju tapi mereka buat sesuka hati. Kita pula dipersalahkan," katanya semalam.

    Sebelum ini, PSM dilapor menjanjikan pingat emas pada Sukan SEA XXV di Laos yang berakhir minggu lepas tetapi gagal apabila sekadar meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan dan antara regu.

    Kegagalan itu telah menyebabkan rasa kecewa di kalangan pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan MSN yang telah memberikan peruntukan yang secukupnya untuk persatuan itu.

    Kali terakhir Malaysia memenangi emas melalui sepak takraw adalah pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina melalui acara regu manakala pada temasya 2007 di Korat, PSM memutuskan untuk menarik diri ekoran masalah bola yang dikatakan tidak mendapat kelulusan. KOSMO

    Thursday, December 24, 2009

    Lotus F1 Racing Team Adds Colour, Excitement To Malaysian Motorsports


    KUALA LUMPUR, Dec 24 (Bernama) -- The emergence of the Formula One (F1) team from Malaysia, the inconsistent performance of the country's elite athletes for the London Olympics and the success of the Malaysian contingent at the recent SEA Games in Laos made headlines in the country's sports scene in 2009.


    Although the year began with the spread of Influenza A(H1N1), resulting in many sports tournaments, locally and abroad, to be cancelled or postponed, the pandemic was contained in Malaysia and this enabled the sports activities for the year to be carried out as planned.

    The announcement on the formation of the Malaysia F1 team, the Lotus Racing Team, sponsored by three corporate figures -- Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun and S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin - through the establishment of 1Malaysia Racing Team Sdn Bhd (1MRT), made front-page headlines in all newspapers in Malaysia in September.

    The Lotus Racing Team's entry as the 13th team on the F1 grid, as confirmed by the International Automobile Federation (FIA), will make its first appearance at the Bahrain Circuit in March.

    Malaysia's involvement, previously, was through the national petroleum company, Petronas, as a partner in the Sauber Petronas and BMW Sauber teams.

    The first meeting of the Cabinet Committee on Sports Development held in September and chaired by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, announced an allocation of RM16 million for 2009-2012 for the "Road to London 2012" programme.

    Nineteen national athletes are being trained under the programme with the aim of bringing Malaysia's first Olympic gold from the London Games.

    Early this year, Malaysia pinned its gold medal hopes on cycling and badminton at the London Olympics, but the hopes were dashed at the end of this season with their dismal performance and the excuse given was that the athletes were tired from taking part in one competition after another.

    In cycling, especially the track event, the hope was on Terengganu's Azizulhasni Awang, who won two silver medals in the 200m sprint at the World Track Championship in Poland in March and then two gold medals in the same event at the Asia Cycling Championship in Kalimantan, Indonesia, in August.

    His best achievement was winning the Grand Prix Medellin in Colombia in October, defeating world champion Gregory Bauge from France.

    Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek was full of praise for the young cyclist, regarding him as Malaysia's "golden boy".

    However, Azizulhasni, 21, did not perform as expected at the UCI Track World Cup in Manchester, England and in Melbourne, both held in November, as he was tired and had to also give time to his studies at Deakin University, Melbourne.

    The cyclist, nicknamed Pocketrocketman by the foreign media, won a bronze in the Keirin event in Manchester and silver in the same event in Melbourne.

    Badminton ace Datuk Lee Chong Wei continues to be world number one men's singles shuttler, winning the super series championships this year - the Indonesia, Switzerland, Malaysia and Hong Kong Open and the World Super Series in Johor Baharu in early December.

    He also won the Grand Prix in Malaysia and Macau. But he did not compete in the 25th SEA Games in Laos, giving fatigue as the reason.

    National doubles pair of Koo Kien Keat and Tan Boon Heong were back in the top ranking of the World Badminton Federation in early November.

    Malaysia is also hoping for gold at the London Olympics in the diving event through Leong Mun Yee and Pandelela Rinong, who won a bronze medal in the World Championship in Rome in June.

    For the SEA Games in Vientiane, Laos from Dec 9 to 18, Malaysia sent 348 athletes and 120 officials and they surpassed the 35-medal target by bringing home 40 gold, 40 silver and 59 bronze medals.

    Although most of the gold, totaling 15, came from the aquatic events, the one gold medal that Malaysia had been waiting for 20 years was won by the national men's Under-23 football team.

    The team, coach by K.Rajagobal, defeated Vietnam 1-0, a victory which could indicate the return of the glory days of Malaysian football.

    Malaysia took part in 21 of the 25 sports events at the SEA Games. They were aquatics (swimming, diving), archery, track and field, badminton, snooker & billiard, boxing, cycling, football, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, shooting, ping-pong, tennis, volleyball, weight-lifting, wushu and taekwondo.

    It did not take part in four events - soft tennis, wrestling, muay thai and shuttle jiggling.

    Malaysia will sign a memorandum of understanding (MoU) with the University of Bath in Britain in February next year to enable Malaysian athletes for the 2012 Olympic Games in London to train there.

    -- BERNAMA

    Ministry Wants More Success Stories Next Year


    KUALA LUMPUR, Dec 23 (Bernama) -- After a successful outing in the recently-concluded SEA Games in Laos, the Youth and Sports Ministry now expects more from the national athletes next year.

    Deputy minister Datuk Wee Jeck Seng said Malaysian's success in Laos had given a new perspective to the quality of the national athletes, especially the national Under-23 football squad who ended the country's 20-year gold drought when they edged Vietnam 1-0 in the football final.

    "We should repeat this feeling of satisfaction and the joy next year even though the challenges are bigger and tougher," he said at the closing of National Sports Convention 2009 at the Putra World Trade Centre here today.

    He said more success stories could be created by the national team next year as several international sport meets had been lined up, including the Commonwealth Games in India, Asian Games (China), Thomas and Uber Cup (Malaysia), Youth Olympic Games (Singapore) and Malaysia Games (Sukma).

    "I believe the convention had been able to provide much help for our planning to face the challenges ahead," he said.

    Wee said he also believed that the four working papers presented at the convention, including one by sport industry expert from Britain Simon Amor, had given the participants a glimpse of the challenges that awaited them at the Olympic Games 2012 and how the British prepared themselves to defend 19 gold medals which they bagged at the Beijing Olympic 2008.

    "Apart from that, we have also learnt a lot from China's success in the Beijing Olympics with 51 gold, besides the fact that as of August 2009, their athletes had won 2,310 competitions in the Olympic Games and other world-class sport meets.

    "In fact, their athletes had created 1,195 world records so far in line with the republic's national approach to focus on the development of elite sports," he said.

    Meanwhile, National Sports Council director-general Datuk Zolkples Embong said the council believed that sports development should not be based on one or two models alone.

    "What needs to be emulated is the spirit, the attitude and the determination shown by the athlete, besides their expertise in certain sports like diving and weight-lifting," he said.

    When asked about the outcome of the convention, Zolkples said he was satisfied as many actions had been taken pertaining to the 100 resolutions reached at last year's convention.

    "Nevertheless, there are other aspects that need to be enhanced to excel at the international level.

    "I hope the six committees which have been entrusted with the responsibility to implement the resolutions will meet and discuss ways to make it happen," he said.

    A total of 200 sport personalities and individuals participated in the two-day convention.

    -- BERNAMA

    MSN tumpu atlit Cabaran 2010


    Oleh Syed Riduan Ahmad
    smriduan@bharian.com.my

    Kumpulan terima bantuan penuh untuk latihan: Zolkples

    MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan memberi tumpuan khusus kepada atlit melalui Program Cabaran 2010, bukan lagi kepada jenis sukan.

    Ini bererti segala bantuan kewangan dan latihan akan disalurkan untuk penyediaan atlit yang dikenalpasti bagi Sukan Komanwel dan Asia tahun depan, sekali gus memaksa persatuan sukan kebangsaan melahirkan lebih banyak atlit dan bukannya bergantung kepada satu atau dua sahaja bagi menuntut peruntukan daripada MSN.


    Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong berkata, selama ini MSN hanya memberi bantuan kewangan dan kemudahan kepada persatuan sukan kebangsaan untuk menjalankan program dan membangunkan atlit-atlit mereka.

    "Jika diikutkan persatuan, mereka akan meletakkan sasaran 70 hingga 80 emas bagi mendapatkan dana," kata Zolkples selepas majlis penutup Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 di PWTC semalam.

    "Kini, kita akan ambil pendekatan baru dan menumpukan perhatian kepada atlit. Selepas ini, kami akan mula memilih atlit-atlit berpotensi termasuk pemenang-pemenang emas di Sukan Sea Laos untuk dimasukkan dalam Program Cabaran 2010.

    "Kumpulan ini akan diberi bantuan penuh oleh MSN daripada segi program latihan dan kewangan," katanya.

    Pada masa sama, Zolkples turut berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan atlit-atlit pelapis di Vientiane baru-baru ini yang dilihat dapat meneruskan kesinambungan pemburuan emas di peringkat antarabangsa.

    "Mereka mempunyai potensi untuk menyerlah dalam masa dua tahun akan datang. Tapi, kita tidak boleh cepat berpuas hati dengan pencapaian ini.

    "MSN akan meneruskan usaha meningkatkan mutu sukan negara dengan memanggil lebih ramai pakar-pakar dari luar negara untuk berkongsi pengalaman mereka.

    Sementara itu, Zolkples menyatakan kebimbangannya terhadap acara sukan subjektif seperti taekwondo, silat dan wushu yang tidak membabitkan pertempuran.

    "Mungkin kita tidak meletakkan sasaran tinggi untuk sukan seni sebegini tetapi lebih menumpukan kepada sukan tempur," katanya.

    KBS idam lebih banyak kejayaan

    KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu lebih banyak kejayaan dicipta oleh atlet-atlet kebangsaan tahun depan, selepas meraih kejayaan di Sukan SEA XXV Laos yang berjaya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng berkata, pencapaian itu telah memberikan satu perspektif baru mengenai mutu sukan negara terutamanya kejayaan skuad bola sepak bawah 23 kebangsaan yang menamatkan kemarau 20 tahun penantian untuk meraih emas.

    “Rasa puas dan gembira itu perlu kita teruskan ke tahun depan walaupun cabarannya jauh lebih besar dan getir,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

    Beliau berkata, banyak lagi kejayaan boleh dicipta pada tahun depan yang padat dengan saingan sukan antarabangsa seperti Sukan Komanwel (India), Sukan Asia (China), Piala Thomas dan Uber (Malaysia), Sukan Olimpik Remaja (Singapura) dan Sukan Malaysia (Sukma).

    “Saya percaya konvensyen kali ini akan dapat membantu kita merencana dengan lebih baik untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang,” katanya.

    Empat kertas kerja sepanjang dua hari konvensyen itu berlangsung termasuk oleh dua pakar dari luar negara iaitu Penasihat Prestasi, United Kingdom Sports Performance Solution, Simon Amor (Great Britain) dan Timbalan Ketua Jabatan Olimpik, Biro Sukan Kompetitif Pentadbiran Sukan China, Yuan Shoulong.

    “Ia pasti telah membuka minda peserta terhadap cabaran getir yang menunggu pada Olimpik 2012 dan bagaimana Great Britain bersedia untuk mengekalkan pencapaian 19 emas di Olimpik Beijing 2008.

    “Selain itu, banyak yang boleh kita belajar dengan kejayaan China yang mengungguli Olimpik Beijing dengan 51 emas selain pencapaian atlet mereka setakat Ogos lepas yang memenangi 2,310 kejohanan di Olimpik, Piala Dunia, Kejohanan Dunia dan pelbagai acara antarabangsa yang lain selama ini.

    “Malah atlet mereka juga telah mencatat 1,195 rekod dunia setakat ini dengan pendekatan negara Tembok Besar itu memusatkan tumpuan nasional terhadap pembangunan sukan elit,” katanya.

    MHF question fixture debate at halfway stage

    KUALA LUMPUR: The Malaysian Hockey Federation (MHF) will not change the fixtures for the knockout stage of the Malaysia Hockey League (MHL) despite complaints over the tight schedule.

    MHF secretary Hashim Mohamed Yusof said yesterday that ample time had been given to the teams to study the fixtures prior to the start of the MHL on Dec 4.

    Dangerman: Jiwa Mohan (left) is among several experienced hands powering Sapura in the MHL Premier Division.

    “I do not see why they have left it until now to complain about the fixtures.

    “We also had three meetings with the teams and there was no issue over the fixtures.

    “We are not going to make any changes as the fixtures are already drawn up and we are at the halfway stage of the MHL,” said Hashim.

    Teams will play each other twice but what irked the Premier Division teams is that they have to play on consecutive days without a one-day break as was the practice in the past.

    The Premier Division teams involved in the knockout stage are Maybank, KL Hockey Club, Sapura, Tenaga Nasional, Nur Insafi and Universiti Kuala Lumpur. The Division One teams in the fray are UiTM and Armed Forces-Airod.

    The MHF have set Jan 29 and 30 for the quarter-finals and Feb 5 and 6 for the semi-finals. The final is slated for Feb 12.

    After the festive break, the MHL will resume on Jan 2 in Penang.

    More expected from athletes after Laos success

    KUALA LUMPUR: After a successful outing in the recently-concluded SEA Games in Laos, the Youth and Sports Ministry now expects more from the national athletes next year.

    Deputy minister Datuk Wee Jeck Seng said Malaysia’s success in Laos had given a new perspective to the quality of the national athletes, especially the national Under-23 football squad who ended the country’s 20-year gold drought when they edged Vietnam 1-0 in the football final.

    Keep up the good work: Deputy Youth and Sports Minister Datuk Wee Jeck Seng (right) shaking hands with NSC director general Datuk Dr Ramlan Aziz after officiating the National Sports Convention 2009 at the Putra World Trade Centre yesterday. — Bernama

    “We should repeat this feeling of satisfaction and the joy next year even though the challenges are bigger and tougher,” he said at the closing of the National Sports Convention 2009 at the Putra World Trade Centre here yesterday.

    He said more success stories could be created by the national team next year as several international sport meets had been lined up, including the Commonwealth Games in India, Asian Games (China), Thomas and Uber Cup (Malaysia), Youth Olympic Games (Singapore) and Malaysia Games (Sukma).

    “I believe the convention had been able to provide much help for our planning to face the challenges ahead,” he said.

    Jeck Seng said he also believed that the four working papers presented at the convention, including one by a sports industry expert from Britain Simon Amor, had given the participants a glimpse of the challenges that awaited them at the 2012 Olympics and how the British prepared themselves to defend 19 gold medals which they bagged at the Beijing Olympics in 2008.

    “Apart from that, we have also learnt a lot from China’s success in the Beijing Olympics with 51 golds, besides the fact that as of August 2009, their athletes had won 2,310 competitions in the Olympic Games and other world-class sport meets.

    “In fact, their athletes had created 1,195 world records so far in line with the republic’s national approach to focus on the development of elite sports,” he said.

    Meanwhile, National Sports Council director-general Datuk Zolkples Embong said the council believed that sports development should not be based on one or two models alone.

    “What needs to be emulated is the spirit, the attitude and the determination shown by the athletes, besides their expertise in certain sports like diving and weight-lifting,” he said.

    When asked about the outcome of the convention, Zolkples said he was satisfied as many actions had been taken pertaining to the 100 resolutions reached at last year’s convention.

    “Nevertheless, there are other aspects that need to be enhanced to excel at the international level.

    “I hope the six committees which have been entrusted with the responsibility to implement the resolutions will meet and discuss ways to make it happen,” he said.

    A total of 200 sport personalities and individuals participated in the two-day convention. — Bernama

    Kongsi rahsia kejayaan bersama persatuan lain

    KUALA LUMPUR - Persatuan sukan yang telah berjaya digesa berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan persatuan sukan bermasalah dalam melahirkan lebih ramai jaguh sukan negara.

    Presiden Persatuan Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Mohd. Musa Noor Mohd. berkata, demi melonjakkan prestasi sukan negara, perkongsian maklumat ini perlu menjadi amalan yang murni.

    "Bayangkan setiap kali sesuatu acara sukan itu gagal, sudah pasti ada post-mortem dilakukan untuk mengenalpasti dan berkongsi kelemahan.

    "Tetapi ketika ada kejayaan dicatat, tidak pula post-mortem dilakukan untuk mengenalpasti dan berkongsi kepakaran yang digunakan.

    "Jadi sudah tiba masanya, faktor-faktor kejayaan ini didedah dan diedarkan kepada persatuan lain untuk dicontohi dan diamalkan," katanya selepas berakhir Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 di sini, semalam.

    Beliau terpanggil untuk membuat gesaan ini selepas mengikuti empat kertas kerja yang dibentang pada konvensyen selama dua hari itu.

    Menurutnya, sukan seperti badminton, skuasy dan basikal trek misalnya sudah mencapai tahap dunia dan pastinya mempunyai tip kejayaan yang boleh dikongsi bersama.

    "Skuasy misalnya boleh mendedahkan bagaimana melahirkan Datuk Nicol David; badminton, Datuk Lee Chong Wei dan basikal trek, Azizulhasni Awang.

    "Kepakaran seperti mengatur program latihan, pemakanan, pengurusan dan sebagainya adalah beberapa faktor penting yang amat bernilai," tegasnya.

    'Tidak salah orang politik terajui persatuan sukan'

    KUALA LUMPUR - Seorang ahli akademik dari Universiti Malaya (UM) berpendapat, tidak salah ahli politik untuk menerajui persatuan sukan di negara ini.

    Timbalan Pengarah Pusat Sukan UM, Prof. Madya Dr. Mohd. Salleh Aman berkata, apa yang penting sesiapa juga yang memimpin perlu ada kecintaan yang mendalam terhadap sukan yang diterajuinya.

    "Pada saya tidak salah tetapi orang politik ini perlulah bersikap profesional, berpengalaman, berpengetahuan dan yang paling penting minat yang tinggi," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Promosi dan Strategi Pembangunan Sukan Negara pada Konvensyen Sukan Negara 2009, semalam.

    Menjawab pertanyaan Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Roslina Idrus, beliau menambah, walaupun kerabat Diraja yang berminat sekalipun, ia juga tidak salah, jika mereka mempunyai ciri-ciri tersebut.

    Perkara ini turut disokong Pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) Asia, Mohd. Musa Noor Mohd. yang menamakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai antara contoh pemimpin terbaik.

    Katanya, sejak sekian lama menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menunjukkan kecintaan yang tinggi dan berterusan walaupun dikritik hebat peminat bola sepak negara.

    "Dengan berkorban membiarkan diri baginda dikritik gara-gara prestasi merudum bola sepak negara, akhirnya pengorbanan itu berbalas apabila Malaysia akhirnya mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA.

    "Inilah pemimpin sukan sejati kerana sanggup bersusah-susah dahulu sebelum datangnya waktu senang dan menggembirakan semua peminat seperti ini," tegas Musa.

    Kurang sambutan, MSN tetap mahu teruskan


    KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengundang lebih ramai pakar sukan dari luar untuk meneruskan kesinambungan Konvensyen Sukan Kebangsaan pada masa akan datang.

    Walaupun konvensyen 2009 yang berakhir semalam kurang mendapat sambutan daripada persatuan sukan, perjuangan untuk membangunkan sukan negara masih perlu diteruskan.

    Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong berkata, MSN percaya dalam membangunkan sukan tanah air, negara tidak harus berpandukan kepada satu atau dua model sahaja.

    "Banyak negara lain turut berjaya selain China namun apa yang perlu kita contohi adalah semangat, sikap dan kesungguhan setiap individu di negara itu selain kepakaran mereka di dalam sukan-sukan tertentu.

    "Namun kita tidak boleh mengikut sepenuhnya sistem mereka yang berbeza terutamanya dari segi bakat, kepakaran dan jumlah penduduk yang ramai," katanya.

    Mengulas mengenai konvensyen dua hari itu, Zolkples berkata, beliau berpuas hati kerana banyak tindakan telah diambil terhadap 100 resolusi yang dicadangkan melalui konvensyen tahun lepas.

    "Namun banyak lagi yang perlu dipertingkatkan untuk mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan saya berharap enam jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab terhadap 100 resolusi itu akan kembali berbincang untuk melancarkannya lagi," katanya.

    Konvensyen dua hari itu melibatkan penyertaan kira-kira 200 peserta tetapi kebanyakan yang hadir adalah orang MSN sendiri, majlis sukan negeri, Majlis Olimpik Malaysia dan wakil universiti.

    Sedangkan wakil persatuan sukan kebangsaan boleh dikira dengan jari manakala mana yang hadir pun, terlibat untuk sehari sahaja.

    Kemudahan sukan terbiar


    KERAJAAN disaran supaya membina stadium dan kemudahan sukan sama seperti Sapporo Dome bagi membolehkan ia digunakan untuk pelbagai acara tanpa membiarkannya menjadi gajah putih dan merugikan.


    KUALA LUMPUR – Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 semalam mendedahkan terdapat banyak kemudahan sukan di negara ini menjadi ‘gajah putih’ dan dibina secara membazir.

    Perkara ini didedahkan Pengarah Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mejar (B) Md. Bahar Abd. Hamid (gambar) ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Prasarana dan Kemudahan Dalam Membantu Menjana Pembangunan Sukan Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

    Katanya, Malaysia memiliki terlalu banyak kemudahan sukan seperti stadium, kompleks sukan, lapang sasar dan sebagainya tetapi dalam waktu sama penggunaannya tidak seberapa.


    Md. Bahar Abd. Hamid


    “Ini menyebabkan banyak kemudahan-kemudahan tersebut terbiar sama ada tidak diuruskan dengan betul atau terus menjadi ‘gajah putih’.

    “Antara yang paling teruk boleh saya sebutkan di sini adalah Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM) yang sebelum ini dibina dengan kos jutaan ringgit,” katanya.

    Selain itu jelasnya adalah Stadium Batu Kawan (Pulau Pinang) yang boleh dianggap seperti hidup segan mati tidak mahu, Kompleks Sukan Tertutup Nilai (Negeri Sembilan), Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar (RM37 juta), beberapa gelanggang boling padang dan banyak lagi.

    Menurut beliau, ini tidak termasuk pembinaan stadium atau dewan yang boleh dianggap membazir kerana tidak ramai yang menggunakannya.

    “Semua ini disebabkan ketiadaan dasar kemudahan sukan, maka pembinaan stadium dan dewan ini agak kucar-kacir dari aspek lokasi, kapasiti tempat duduk dan material. Akhirnya menjadi ‘over capacity’, purata kehadiran penonton tidak mencapai sasaran dan kemudahan menjadi ‘gajah putih’ yang sakit tidak mendapat rawatan.

    “Manakala ada yang ‘dikebumikan tanpa ditalkinkan’ seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu,” ujarnya.

    Sehubungan itu beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya membina kemudahan sukan selepas ini berdasarkan keperluan semasa.

    “Ada stadium yang jaraknya tidak jauh antara satu sama lain tetapi dibina dengan kapasiti tempat duduk yang terlalu besar dan ini merugikan,” tegasnya merujuk Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Beliau turut mencadangkan agar sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk membina stadium pelbagai guna seperti Sapporo Dome di Jepun bagi memaksimumkan penggunaannya dan menjimatkan.

    Sapporo Dome merupakan stadium pelbagai guna mudah ubah yang terletak di Toyohira-ku, Sapporo, Jepun.

    Ia digunakan untuk perlawanan tempat sendiri pasukan besbol, Hokkaido Nippon Ham Fighters dan skuad bola sepak Consadole Sapporo.

    Stadium yang mampu memuatkan 41,580 tempat duduk itu juga pernah digunakan sebagai venue kejohanan luncur salji dunia, Olimpik Musim Sejuk, persembahan seni dan peringkat khas rali Jepun.

    Zolkples: Tepuklah dada tanya selera




    PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu muhasabah diri berikutan kegagalan meraih sebarang pingat emas pada Sukan SEA Laos yang berakhir minggu lepas.

    Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) berkata, persatuan itu tidak sepatutnya cepat melatah sebaliknya perlu mencari kekurangan diri.

    "Kita (MSN) sentiasa bersedia dan terbuka untuk membantu mereka," katanya ketika ditanya pemberita mengenai kegagalan skuad sepak takraw lelaki kebangsaan itu selepas menghadiri Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 di Kuala Lumpur semalam.

    Beliau berkata, bukan MSN yang menjanjikan pingat emas pada Sukan SEA tetapi mereka (PSM) yang berbuat demikian.

    "Kita sebenarnya memberi sepak takraw lebih daripada yang sepatutnya diterima sukan lain seperti tinju yang memenangi dua emas pada Sukan SEA, yang pastinya akan diberikan pendedahan secukupnya selepas ini kerana berpeluang cerah pada Sukan Asia dan Komanwel," katanya.

    Sepak takraw sebelum ini gagal menyerlah di Laos apabila sekadar meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan dan antara regu.

    Mengenai kenyataan Ahli Majlis PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang mencadangkan skuad kebangsaan dibubarkan jika MSN tidak mahu membantu dari segi kewangan pada tahun depan, Zolkples berkata itu adalah hak mereka.

    "Di beberapa negara, presiden atau Perdana Menteri meletak jawatan kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab. Tepuk dada tanya selera," katanya.

    Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail sebelum ini turut dilaporkan bersedia untuk berundur berikutan prestasi buruk yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan itu.

    Namun beliau menyerahkan kepada ahli-ahli gabungan bagi menentukan nasibnya serta pegawai-pegawai lain persatuan dalam pemilihan akan datang yang dijadualkan Februari tahun depan.

    Menteri pun letak jawatan: Zol

    Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Syed Riduan Ahmad
    bhsukan@bharian.com.my




    'Saya tidak beri tekanan kepada sesiapa, ia lumrah dalam kepimpinan'

    "TEPUK dada tanya selera," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong ketika ditanya mengenai kesediaan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail untuk mengundur diri.

    "Saya tidak memberi tekanan kepada sesiapa tetapi perkara ini lumrah bagi sesebuah kepimpinan. Pemimpin negara pun akan letak jawatan jika gagal menerajui negaranya dengan betul," katanya.


    Pada masa sama, pemberontakan semakin jelas apabila ahli Majlis PSM, secara terbuka mencabar MSN supaya membubarkan program takraw, mengetepikan larangan Ahmad yang meminta semua pegawai PSM tidak menyalahkan MSN atau Institut Sukan Negara (ISN).

    Ahli Majlis, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang juga penyelaras PSM-MSN, semalam mengulangi pendiriannya mencabar langkah MSN mahu mengurang bajet ke atas persatuan itu.

    "Saya minta anda tanya Datuk Zol, katakan berani atau tidak MSN gugurkan program sepak takraw?. Biar mereka kecilkan peruntukan. Selepas ini jangan tanya kalau kami buat latihan untuk atlit Sukan Asia hanya dalam masa lima hari," katanya.
    AKSI pemain septakraw Malaysia (baju kuning), ketika menentang Thailand pada Sukan Sea ke-25 di Veintiane, Laos, awal bulan ini. Malaysia hanya mampu mendapat pingat perak. - Foto Bernama

    Zolkples ketika ditemui selepas Majlis Penutup Konvensyen Sukan Kebangsaan berkata, MSN selama ini melayan sepak takraw dengan baik termasuk membayar gaji jurulatih, pegawai penyelaras dan elaun atlit.

    "Malah skuad wanita yang sepatutnya hanya program separuh masa, tetapi kita anggap sebagai program penuh. Kegagalan di Laos perlu dinilai sendiri oleh PSM. Kaji secara mendalam kesilapan mereka. Ini tidak.

    "Jurulatih mengadu mereka tiada suara. Banyak campur tangan dalam latihan dan pemilihan atlit. Bagi saya, tiada siapa yang lebih besar daripada sukan. Individu atau persatuan tidak penting. Kami akan tetap jalankan program walaupun mereka keluar."

    Ahad lalu, Ahmad menyatakan kesediaannya berundur pada pemilihan yang dijadual Februari ini kerana menganggap PSM bertanggungjawab penuh terhadap kegagalan negara di Sukan Sea Laos baru-baru ini.

    Skuad negara hanya membawa pulang satu perak dan satu gangsa dari Vientiane dan lebih memalukan apabila tewas kepada Laos, negara yang sebelum ini dianggap begitu kerdil dalam sukan itu.

    Zimbabwe ganti Syria


    Azzuddin Ahmad


    HASRAT Malaysia untuk menguji kekuatan Syria tidak kesampaian apabila aksi persahabatan bola sepak yang dijadualkan pada 2 Januari depan di Kuala Lumpur itu terpaksa dibatalkan.

    Sebagai ganti, skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal itu akan bertemu Zimbabwe di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu depan sebagai ujian sebelum aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 6 Januari depan.

    Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya hanya menerima maklum balas pembatalan daripada Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) pada pagi semalam.

    "Baru pagi tadi (semalam) kita menerima berita pembatalan ini dari pihak SFA. Alasannya mereka tidak dapat hadir ke sini. Jadi sebagai ganti, kita akan bertemu Zimbabwe pada 30 Disember.

    "Tapi kita masih menanti pengesahan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan jika kelulusan diterima, perlawanan menentang Zimbabwe ini akan dapat kita adakan," katanya ketika dihubungi Kosmo! petang semalam.

    FAM sepatutnya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Persahabatan Malaysia melawan Syria petang semalam tetapi ia terpaksa dibatalkan berikutan perkembangan terbaru itu.

    Tahun ini saja, Malaysia sudah dua kali mengadakan perlawanan persahabatan menentang Zimbabwe iaitu ketika persiapan menghadapi Manchester United pada Julai lalu.

    Pada perlawanan pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai lalu, Malaysia menang 4-0 manakala pada aksi kedua di Stadium Shah Alam pada 14 Julai, Malaysia sekadar menang tipis 1-0.


    Namun Zimbabwe ketika itu hanya dibarisi pemain-pemain dari sebuah kelab tempatan mereka iaitu Monomotapa United.

    Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA pada 16 Disember lalu, Malaysia kini berkedudukan ke-160 dunia, Zimbabwe ke-109 manakala Syria ke-91.

    Anak-anak buah Rajagobal akan berkumpul menjalani latihan pusat bermula hari ini dengan majoriti mereka adalah pemain-pemain bawah 23 tahun (B-23) negara yang baru saja memenangi pingat emas di Sukan SEA Laos kecuali dua pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah dan Amri Yahyah.

    KBS selesai kemelut golf


    AHMAD Shabery (tengah) menerima replika cek RM3.4 juta daripada Pengerusi Eksekutif Jelajah Asia, Kyi Hia Han (kanan) sambil diperhatikan Thomas Lee (kiri), semalam.

    KEMELUT dalam persatuan golf profesional negara sudah nampak kian di penghujung dengan wujudnya jawatankuasa sementara Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM) yang dilancarkan malam tadi.

    PGAM yang diilhamkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan menyelamatkan sukan itu daripada berkubur akibat percakaran antara Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia (MPGA) dan Persatuan Golf Malaysia (MGA).

    Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam golf profesional negara, harus berusaha menaikkan mutu sukan itu, dengan mengetepikan kepentingan individu.


    "Tiada gunanya kita mempunyai lapangan golf yang terbaik di rantau ini tetapi pemain-pemain profesional negara masih berada di kelompok bawah pada kejohanan antarabangsa.

    "Melalui PGAM, kita sudah mengatur kalendar kejohanan yang berfungsi sebagai medan latihan untuk pemain profesional negara.

    Mereka harus menanam semangat ingin menang dalam setiap kejohanan yang disertai dan semangat yang terbukti mampu melahirkan juara seperti yang ditunjukkan pasukan bola sepak negara di Sukan Sea Laos, baru-baru ini.

    "Saya juga mahu mereka yang terbabit dengan pengurusan persatuan sukan untuk kurangkan bercakap dan berpolitik, tetapi sebaliknya harus mengutamakan program membangunkan sukan, sekali gus melahirkan pemain yang dapat menjulang nama negara dalam apa juga kejohanan yang disertai," katanya.

    Jawatankuasa sementara PGAM yang dipengerusikan Datuk Thomas Lee ditubuhkan untuk menggantikan MPGA yang kini secara rasminya sudah tidak wujud.